Terkini

Peserta perhimpunan bantahan akan dikompaun

KUALA LUMPUR – Individu yang menyertai perhimpunan ‘Keluar dan #Lawan’ di sekitar Dataran Merdeka, di sini, pagi tadi, akan dikenakan kompaun kerana melanggar prosedur operasi standard (SOP) Pelan Pemulihan Negara (PPN).

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata kesemua individu yang sudah dikenal pasti menyertai perhimpunan itu akan dipanggil memberi keterangan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, dalam masa terdekat.

“Sekiranya cukup keterangan, mereka akan dikenakan tindakan kompaun atas kesalahan mengikut Seksyen 21A Akta 342.

“Tindakan juga dikenakan mengikut Peraturan 17(1) Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (PPPDBP) (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Pelan Pemulihan Negara) 2021,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mengulas lanjut, Azmi berkata, dianggarkan 450 individu dikesan berkumpul di dataran Masjid Jamek di sini, kira-kira jam 10.30 pagi tadi sebelum sejam kemudian berarak melalui Jalan Tun Perak ke Jalan Raja.

“Kumpulan itu turut membawa kain-kain rentang dan perhimpunan berlangsung kira-kira dua jam.

“Kita turut menerima menerima satu laporan polis berkaitan perhimpunan itu pada jam 3.04 petang tadi dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 400 individu berarak dari Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Masjid Jamek menuju ke Dataran Merdeka, hari ini.

Kumpulan individu berkenaan yang memakai baju hitam, antara lain dilihat membawa bendera hitam, sepanduk menzahirkan protes dan replika jenazah.

Polis membuat kawalan keselamatan di sekitar kawasan berkenaan, selain menutup beberapa laluan menuju ke Dataran Merdeka.

Sementara itu, Azmi berkata, pihaknya mengesan satu video tular menunjukkan perarakan beramai-ramai di sebatang jalan yang dikatakan berlaku di ibu negara.

“Semakan polis mendapati kejadian itu bukan berlaku di Kuala Lumpur dan orang ramai dinasihatkan supaya tidak menularkan sesuatu perkara yang tidak sahih kerana dikhuatiri menimbulkan kegusaran awam.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya mematuhi SOP PPN dan tidak terbabit dengan sebarang perhimpunan memandangkan ancaman pandemik COVID-19 yang masih melanda negara kita,” katanya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: