Luar Negara

COVID-19: Oximeter kurang tepat bagi berkulit gelap – UK

LONDON – Perkhidmatan kesihatan Britain (NHS) semalam memberi amaran kemungkinan peranti bagi memantau tahap oksigen dalam darah pesakit COVID-19 memberikan bacaan kurang tepat bagi individu berkulit lebih gelap.

Amaran itu dikeluarkan terhadap alat ‘pulse oximeter’ yang digunakan individu bergejala teruk bagi memeriksa kadar oksigen dalam darah. Di bawah bacaan tertentu mereka perlu dibawa ke hospital.

NHS, perkhidmatan kesihatan yang dibiayai kerajaan United Kingdom (UK) membekalkan ‘pulse oximeter’ kepada individu yang bergejala, berusia lebih 65 tahun atau individu rentan secara klinikal.

NHS dalam kenyataan semalam berkata ada laporan bahawa ‘pulse oximeter’ memberikan bacaan kurang tepat bagi individu berkulit lebih gelap kerana mungkin menunjukkan tahap oksigen dalam darah lebih tinggi.

Alat yang dipasang pada jari berfungsi dengan memancarkan cahaya menerusi kulit seseorang untuk mengukur tahap oksigen dalam darah.

Panduan yang dikemas kini untuk penghidap virus di laman web utama NHS kini memberi amaran: “Ada beberapa laporan yang mungkin kurang tepat jika anda berkulit sawo matang atau hitam.

“Alat itu mungkin menunjukkan bacaan lebih tinggi daripada kadar oksigen dalam darah anda.”

Bagaimanapun panduan itu menyatakan adalah penting untuk membuat pemeriksaan secara berkala untuk melihat penurunan kadar oksigen.

Pengarah Pemantauan Kesihatan NHS, Habib Naqvi, berkata isu itu mempengaruhi komuniti Asia dan berkulit hitam.

Masyarakat etnik minoriti, terutama Afrika berkulit hitam dan Bangladesh di Britain mencatatkan kes kematian tertinggi di negara itu.

Kes kematian akibat COVID-19 di UK sehingga semalam merekodkan 129,583 kes, antara tertinggi di dunia. – AFP

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: