Terkini

Dua lagi lelaki ditahan kes hina MB Kedah

ALOR SETAR – Dua lagi individu ditahan bagi membantu siasatan kerana memuatnaik kata-kata kesat terhadap Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor di Facebook pada petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Ahmad Shukri Mat Akhir berkata, pihaknya menahan dua lelaki itu selepas menerima laporan polis daripada seorang Pegawai Khas Menteri Besar.

Menurutnya, pegawai khas berkenaan membuat laporan polis kira-kira jam 10.30 pagi pada Isnin susulan komen negatif dan jelek di Facebook milik Muhammad Sanusi.

“Salah seorang individu yang memberi komen negatif ini merupakan seorang lelaki berusia 52 tahun dari Kepala Batas dan seorang lagi berumur 45 tahun dari Mergong Perdana.

“Tangkapan ke atas pekerja swasta dan peniaga itu masing-masing dilakukan jam 5.15 petang dan 6 petang hari sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah beliau, kes akan disiasat di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil, Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Ahmad Shukri juga memberitahu, mereka tidak ditahan reman dan kedua-duanya dilepaskan selepas diambil keterangan.

Pada Isnin, dilaporkan seorang lelaki warga emas berusia 61 tahun direman bagi membantu siasatan berhubung video yang didakwa sengaja mengaibkan Muhammad Sanusi serta boleh membawa kepada perpecahan keamanan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: