Terkini

Lantikan politik dalam GLC oleh Muhyiddin perlu letak jawatan – Nik Nazmi

Kuala Lumpur – Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad menggesa semua individu yang dilantik melalui pelantikan politik dalam GLC oleh Muhyiddin Yassin meletakkan jawatan.

Gesaan itu hadir selepas Muhyiddin meletakkan jawatan sebagai perdana menteri.

“Dengan peletakan jawatan Muhyiddin, lantikan politik yang menerajui GLC dan GLIC mesti turut meletakkan jawatan.

“Ia adalah hal yang betul dan bermaruah untuk dilakukan.

“Dengan peletakkan jawatan perdana menteri, tiada sebab untuk mereka terus menyandang jawatan tersebut,” kata Nik Nazmi dalam catatan Facebooknya hari ini.

Dia mengatakan bahawa sebahagian besar badan ini dikendalikan secara profesional, justeru peletakkan jawatan mereka tidak akan terlalu memberi kesan.

“Kerajaan baharu yang bakal terbentuk nanti wajib melantik mereka yang profesional dan benar-benar layak untuk mengisi jawatan-jawatan ini, bukan perkiraan politik semata-mata,” katanya.

Sejumlah Ahli Parlimen Perikatan Nasional dilantik dalam GLC, agensi kerajaan dan jawatan diplomatik yang baru dibuat dalam dua bulan pertama Muhyiddin mengambil alih tahun lalu.

Sebilangan besar jawatan ini diisi oleh teknokrat sebelum ini.

Sebilangan kecil pelantikan politik seperti Naib Presiden Umno Khaled Nordin, telah melepaskan jawatan mereka baru-baru ini selepas parti mereka menarik sokongan terhadap Muhyiddin.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: