Terkini

Negeri fasa 1 dibenarkan dine-in bermula hari ini

Kuala Lumpur – Negeri yang dalam kategori fasa satu Pelan Pemulihan Negara (PPN) kini dibenarkan makan di kedai (dine-in) mulai hari ini.

Perkara tersebut diumumkan oleh Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam satu kenyataannya semalam.

Walau bagaimanapu , kebenaran itu hanya terbuka kepada sesiapa yang telah lengkap dua dos vaksinasi sahaja.

Beliau dalam kenyataannya menyatakan, pengusaha-pengusaha premis kedai makan perlu menyediakan lebih banyak ruang makan dibahagian luar premis bagi tahap pengudaraan yang lebih baik.

“Risiko penyebaran virus Covid-19 jauh lebih tinggi dalam premis berbanding di luar, maka saya berharap premis kedai makan banyakkan ruang makan diluar” katanya.

Tambahnya lagi, pemilik premis perlu memastikan pelanggan yang ingin dine-in untuk menunjukkan sijil digital vaksinasi dalam MySejahtera.

Bagi ibu bapa yang berhasrat membawa anak berusia 17 tahun kebawah perlu memastikan mematuhi SOP.

Selain itu, aktiviti sukan, rekreasi dan riadah juga turut dibenarkan bagi negeri fasa 1 namun perlu dipastikan tiada sebarang sentuhan fizikal berlaku.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: