Puttajaya – Vaksin jenis CanSino selamat tiba di Malaysia menerusi penerbangan MAS Kargo MH361 dari China pada jam 7.50 pagi tadi.
Ketua Setiausaha Kementerian Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Mohd Shafiq Abdullah turut berada di KLIA bagi menyambut kedatangan vaksin baru itu.
Turut hadir Ketua Setiausaha Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Dr Siti Hamisah Tapsir.
Dalam satu tweet oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah telah mengesahkan ketibaan vaksin CanSino tersebut.
CanSino merupakan satu vaksin dos tunggal yang akan dihantar secara berperingkat melalui tempahan sebanyak 3.5 juta oleh Malaysia.
Vaksin ini dibekalkan oleh CanSino Solution Biologics dan akan diedarkan di seluruh kawasan pedalaman.
Ianya telah mendapat kelulusan untuk kegunaan kecemasan oleh Pihak Berkuasa Bekalan Dadah (PKBD) pada 15 Jun lalu.
