Kuala Lumpur – Petugas media dari pelbagai agensi hari ini sekali lagi berkumpul di Pintu 1, Istana Negara seawal jam 9 pagi tadi.
Ini kerana bagi membuat liputan ketibaan Raja-raja melayu yang dijadualkan tiba pada jam 2.30 petang ini bagi membincangkan mengenai isu bakal calon Perdana Menteri baharu bagi menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang meletakkan jawatan.

Pihak polis juga telah meningkatkan kawalan keselamatan di sekitar Istana Negara dan mengingatkan agar terus menjaga SOP yang ditetapkan.
Semalam telah berlangsung pertemuan ahli parlimen Barisan Nasional dan PAS menghadap YDPA.

Datuk Seri Ahmad Maslan dalam satu sidang medianya selepas menghadap Tuanku Agong menjelaskan pertemuan itu adalah bertujuan untuk pihak Istana Negara mengetahui SD yang ditandatangani tersebut secara adalah sukarela ataupun dipaksa.
Kesemua ahli parlimen yang hadir menyatakan sokongan penuh bagi melantik Datuk Seri Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri baharu sekaligus sebagai PM9 yang sah.