New Zealand sekali lagi mengenakan sekatan pergerakan selama 3 hari berikutan selepas mengesan satu kes Covid-19 disyaki melalui varian delta.
Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata New Zealand sebelum ini tidak merekodkan jangkitan sejak enam bulan lalu namun kes Covid-19 tidak.boleh dipandang ringan apabila ianya melibatkan varian yang ganas ini.
“Kita dapat lihat apa yang berlaku di tempat lain, jika kita gagal menanganinya maka perkara inimenhadi lebih serius dan kita cuma ada satu peluang sahaja” katanya.
Tambahnya lagi, masalah dihadapi Australia mengekang varian baru itu yang mudah berjangkit apabila melibatkan seorang warga emas berusia 58 tahun.
“Kitq perlu ambil langkah pengawasan awal dan berhati-hati bagi meredakan keadaan agar dapat kembali kehidupan yang selesa” tambahnya.
Katanya lagi, perancangan awal yang dirangka untuk sekatan pergerakan selama 3 hari mulai malam semalam manakala sekatan seminggu untuk Auckland dan Coromandel.