Putrajaya – “Bismillahirrahmanirrahim, kepada ALLAH SWT kita berserah,”.
Datuk Seri Ismail Sabri menyatakan hanya berserah dan yakin ketentuan Allah SWT mengenai perlantikan Perdana Menteri baharu.
Hantaran yang dimuat naik dalam facebook beliau itu juga turut disertakan gambarnya di dalam bas yang dinaiki semalam untuk bertemu YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Istana Negara pada Khamis.
Ahli Parlimen Bera itu juga mendapat sokongan penuh dari semua ahli Parlimen Barisan Nasional, Bersatu, PAS dan GPS.
Perdana Menteri sementara, Tan Sri Muhyiddin Yassin antara yang paling awal menyatakan sokongan perlantikan Ismail Sabri sebagai PM9.
Dikhabarkan, Perdana Menteri baharu akan diumumkan hari ini namun bergantung perkenan YDPA.
