Terkini

Ismail Sabri sah sebagai Perdana Menteri kesembilan

KUALA LUMPUR – Hari ini sekali lagi negara kita menyaksikan satu sejarah perlantikan Perdana Menteri baharu iaitu Datuk Seri Ismail Sabri yang selesai mengangkat sumpah jawatan di Istana Negara pada pukul 2.28 petang hari ini.

Istiadat itu dijalankan di Balai Singgahsana Kecil, Istana Negara di hadapan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Perdana Menteri kesembilan itu yang tiba melalui Pintu 2, Istana Negara lengkap berpakaian baju melayu hitam ditemani isterinya, Datin Seri Muhaini Zainal Abidin.

Yang Di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan melantik Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri kesembilan selepas pertemuan dengan Raja-raja melayu pada jumaat.

Ismail yang merupakan Naib Presiden UMNO mendapat sokongan 114 ahli Dewan Rakyat berdasarkan surat akaun yang diterima Seri Paduka Baginda dan cukup untuk membentuk kerajaan baharu.

Perdana Menteri keluar dari Istana Negara pada jam 3.29 petang melalui Pintu 1, Istana Negara dan sempat melambai kearah petugas media yang berkumpul membuat liputan sejak pagi tadi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: