Terkini

Perdana Menteri ucap terima kasih atas sokongan semua pihak

Petaling Jaya – Perdana Menteri kesembilan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menjunjung kasih kepada YDPA Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas perkenan baginda melantiknya sebagai menyandang jawatan penting negara.

Beliau yang ditemui ketika dalam perjalanan pulang ke kediamannya dilihat berhenti sebentar bagi mengambil kesempatan bertemu petugas media untuk melahirkan ucapan terima kasih.

“Ucapan terima kasih juga saya ucapkan kepada rakan-rakan Ahli Parlimen termasuk bebas dan ketua-ketua parti politik atas sokongan yang tidak berbelah bahagi ” katanya.

Ahli Parlimen Bera itu turut merakamkan penghargaan kepada Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan majlis tertinggi parti itu atas kepercayaan yang diberikan.

Sehubungan itu, beliau berkata akan membuat kenyataan rasmi kepada rakyat Malaysia dalam masa terdekat berkenaan pelantikannya itu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: