Kuala Lumpur – Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid menghembuskan nafas terakhir di Hospital Canselor Tuanku Muhriz Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada jam 1.40 pagi ini.
Allahyarham yang juga seorang bekas Ketua Setiausaha Negara itu dimasukkan ke unit rawatan rapi (ICU) Hospital Canselor Tuanku Muhriz akibat COVID-19 pada 31 Julai lalu.
Setakat ini, melalui makluman jenazah masih lagi berada di hospital.
Menurut kenyataan, ahli keluarga Allahyarham memaklumkan urusan pengebumian akan dimaklumkan dari masa ke semasa.
Ahmad Sarji, 82, adalah Ketua Setiausaha Negara dari 1990 hingga 1996 ketika pentadbiran Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Allahyarham yang dilahirkan pada 16 September 1938 merupakan pengasas dan Pengerusi IKIM yang pertama dilantik pada 1992.
Pelantikannya mengukuhkan lagi IKIM menjadi institusi utama kefahaman islam bertaraf dunia.