Kuala Lumpur – Datuk Seri Lajim Ukin menghembuskan nafas terakhirnya akibat komplikasi Covid-19 kira-kira jam 6.23 pagi tadi.
Allahyarham yang juga Pengerusi Eksekutif Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) meninggal dunia di sebuah hospital swasta dan difahamkan jenazah akan dibawa ke kampung halamannya di Kampung Kebatu, Beaufort untuk disemadikan.
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Khas beliau di facebooknya.
Beliau turut mengucapkan terima kasih dan berdoa Allahyarham ditempatkan di kalangan para soleh.
“Terima kasih untuk segala doa kalian, semoga Allah menempatkan beliau dikalangan hambanya yang soleh disisiNya kelak, diampunkan segala dosa dan diterima segala amal kebaikannya di dunia, al-Fatihah,” tulisnya.
Allahyarham disahkan positif Covid-19 sejak 12 Ogos lalu dan dimasukkan ke hospital swasta bermula 13 Ogos.
Namun, berikutan keadaan kesihatan beliau semakin merosot dan pihak hospital mengambil keputusan untuk tidurkan beliau bermula Selasa lalu.