Terkini

Bekalan ubat rawatan Covid-19 tidak terputus – Noor Hisham

Kuala Lumpur – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menjelaskan bekalan ubat-ubatan bagi rawatan Covid-19 di seluruh hospital awam masih mencukupi.

Beliau menafikan berkenaan tular yang mengatakan bekalan ubat terputus.

“Bekalan ubat-ubatan tidak terputus dan ia masih diterima secara berperingkat dari pembekal kerana permintaan meningkat dalam waktu singkat” jelasnya.

Tambahnya, KKM sentiasa memantau dan melakukan pelbagai usaha untuk atasi masalah itu dengan pelbagai pendekatan yang efektif.

Beliau menambah, permintaan meningkat secara drastik sejak Mei lalu di seluruh dunia termasuk Malaysia.

“Permintaan dalam Malaysia sahaja meningkat 10 hingga 15 kali ganda berbanding sebelum pandemik.

“Kami dimaklumkan ada sedikit gangguan dari syarikat pengeluar ubat di luar negara berikutan pandemik ini ” tambahnya lagi.

Hisham turut menjelaskan bahawa keupayaan pengeluar tempatan agak terhad untuk mengeluarkan stok ubat dalam jumlah besar di waktu yang singkat.

Sehubungan itu, KKM mengambil pendekatan bekerjasama dengan pembekal untuk memastikan keutamaan penerimaan untuk Malaysia selain mencari alternatif dibawah kontrak pusat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: