Kuala Lumpur – Datuk Seri Dr Adham Baba menyatakan keyakinan bahawa Malaysia berupaya menghasilkan vaksin Covid-19 sendiri yang pertama seumpamanya.
Beliau juga yakin dengna usaha yang digembleng dari barisan para saintis tempatan terutama dalam bidang kesihatan dapat merealisasikan satu inovasi terkini penghasilan vaksin terbaik.
“Ini sangat diperlukan dalam usaha negara kita mencegah penularan wabak Covid-19.
“Kita perlu bergerak kehadapan dan yakin barisan saintis negara mampu menggembleng tenaga untuk membuat ‘breakthrough’ dalam inovasi dan ‘penemuan saintifik” katanya.
Sementara itu Dr Adham berkata, pihaknya merancang untuk membuat ‘perjanjian dua hala’ dengan negara lain yang berjaya menghasilkan vaksin Covid-19 termasuk China, India dan Thailand.
Dalam masa sama, beliau menambah akan melawat sebuah kilang ‘fill and finish’ vaksin CanSino di Kuala Lumpur Isnin ini.