Terkini

Gojo tawar bonus RM250 kepada pemandu, wujud sistem harga wajar

Kuala Lumpur – Sempena ulang tahun pertamanya, syarikat e-hailing Gojo menunjukkan prestasi perkhidmatan yang cemerlang walaupun berdepan cabaran pandemim Covid-19.

Ketua Pegawai Operasi Gojo Malaysia, Pradeep Kumar

Ketua Pegawai Operasi Gojo Malaysia, Pradeep Kumar menyatakan Gojo sentiasa mengambil langkah proaktif dalam memastikan syarikat terus berkembang disamping mampu memberikan perkhidmatan terbaik kepada pengguna.

“Gojo menerima sokongan yang hebat dari pemandu dan pelanggan dengan muat turun sehingga kini adalah sebanyak 175 ribu, menjadikan Gojo sebagai syarikat yang paling pesat berkembang di Malaysia.

“Kebanyakkan pemandu menerima pendapatan yang rendah dan tidak setimpal dan mereka berhak mendapat sistem harga yang adil” katanya dalam satu kenyataan media.

Tambahnya, menyedari keperluan ini, Gojo mengambil inisiatif mewujudkan sistem harga wajar dinamik yang memberi faedah kepada pemandu dan pelanggan.

Sebagai meraikan ulang tahun ini dan juga menyambut Hari Kebngsaan, Gojo menawarkan bonus sebanyak RM250 kepada semua pemandunya pada 1 September.

“Pemberian bonus ini pasti dapat membantu pemandu dalam keadaan sukar ini” tambahnya.


Dalam masa setahun beroperasi, Gojo telah menawarkan potongan harga untuk perjalanan vaksinasi, tawaran semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan juga memperkenalkan ciri teknologi keselamatan seperti amaran pengecaman wajah, dan sebagainya.


Pihak Gojo akan meneruskan strategi yang bermanfaat bagi pelanggan, dan pemandu, dengan amalan pasaran yang beretika.

Untuk perjalanan yang baik dengan tawaran yang lebih baik sila muat turun http://onelink.to/gojomy.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: