Tokyo – Keputusan yang berat untuk diterima namun itulah realiti yang harus dihadapi oleh atlet lontar peluru, Ziyad Zolkefli.

Aksi pecah rekod dunia yang ditonjolkan semalam membuatkan seluruh rakyat Malaysia berbangga dengan atlet paralimpik ini.

Namun, kemenangan beliau ditolak oleh pihak penganjur. Kontinjen Malaysia yang menghantar rayuan serta protes semalam walau bagaimanapun telah dutolak dalam mesyuarta antara chef de mission (CDM) pada Rabu.

Ini sekaligus, kemenangan Ziyad direntap dan impian membawa pulang pingat emas dalam acara lontar peluru F20 sukan Paralimpik Tokyo 2020 tidak kesampaian.

Penyertaan beliau dibatalkan selepas protes daripada kem Ukraine, yang mendakwa atlet berusia 31 tahun itu lewat melaporkan diri di ‘call room’ (bilik pemeriksaan).

Sehubungan itu, atlet Ukraine, Maksym Koval, memenangi pingat emas dengan catatan 17.34m (diiktiraf sebagai rekod dunia) dan rakan senegaranya, Oleksandr Yarovyi, meraih perak dengan 17.30m.

Pingat gangsa pula menjadi milik peserta Greece, Efstratios Nikolaidis, dengan 15.93m.

Melalui pemerhatian di media sosial, rata-rata rakyat Malaysia tidak berpuas hati dengna keputusan ini.

Antara komen yang dilihat ada yang mempertikaikan pada awal perlawanan, mengapa pihak penganjur membenarkan Ziyad bertanding jika didapati lambat.

Selain itu, ada komen yang mempersoalkan mengapa setelah Ziyad berjaya, barulah kem Ukraine lakukan protes dan menganggap protes sebegini adalah sebagai mencabul hak dalam arena sukan.

Namun, beberapa komen positf juga turut disampaikan dan menganggap bukan rezeki Ziyad dalam sukan Paralimpik Tokyo 2021.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading