Politik

Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai

Kuala Lumpur – Memorandum (MoU) Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan telah berjaya dimeterai pada jam 5 petang tadi.

MoU yang bersifat untuk membentuk satu kerjasama ‘dwi-partisan’ dalam menjulang semangat Keluarga Malaysia ini, sebagai menyambut titah Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-
Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah, sempena pembukaan Mesyuarat Pertama, Penggal Keempat Parlimen Keempat Belas hari ini.

Tuanku dalam ucapan perasmian pembukaan Parlimen hari ini berharap semua pihak perlu mengamalkan demokrasi bermusyawarah dalam mencari penyelesaian kepada apa jua permasalahan demi mencapai matlamat Malaysia Makmur,
Inklusif dan Mampan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri menjelaskan transformasi yang diperkenalkan kerajaan ini bukan sahaja mendorong kepada tadbir urus yang cemerlang dalam memerangi
COVID-19 dan pemulihan ekonomi, bahkan memangkin iklim pelaburan yang kondusif, sekali gus memacu pertumbuhan ekonomi
yang kukuh demi kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Antara perkara yang terangkum dalam.Memorandum Persefahaman Transformasi dan Kestabilan Politik yang
dimaktubkan hari ini meliputi pemerkasaan pelan COVID-19, transformasi pentadbiran, pembaharuan Parlimen, kebebasan Institusi Kehakiman, perjanjian Malaysia MA63 dan
pembentukan Jawatankuasa Pemandu.

“Kerajaan yakin memorandum persefahaman yang dizahirkan ini bukan
sahaja berupaya mengenepikan segala perbezaan politik, bahkan mampu memastikan pemulihan negara berjalan secara holistik dan inklusif ” katanya dalam satu kenyataan media.

Beliau juga turut mengucapkan setinggi penghargaan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat yang telah membulatkan tekad, mengenepikan perbezaan ideologi politik untuk bersama-sama memacu kestabilan ekonomi dan kesejahteraan Keluarga Malaysia.

Turut hadir majlis menandatangani MOU adalah Presiden Dewan Negara Tan Sri Rais Yatim, Speaker Datuk Azhar Azizan Harun, Ahli Parlimen Port Dickson Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Parlimen Bagan Lim Guan Eng, dan Ahli Parlimen Kota Raja Mohamad Sabu.

Ahli Parlimen lain yang hadir termasuk Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Annuar Musa, Ahli Parlimen Seremban Anyhony Loke, Senator Datuk Donald Peter Mojuntin, Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail dan Ahli Parlimen Pulai Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: