Terkini

KPDNHEP tegas tangani isu kenaikan harga ayam

Putrajaya – Sejak tular isu kenaikan harga ayam yang mendadak minggu lepas, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) sentiasa cakna setiap aduan dan keluh kesah pengguna berikutan perkara itu.

Kenaikan harga ayam yang sedikit sebanyak memberi impak kos sara hidup di waktu pandemik ini memperlihatkan orang ramai mula risau sekiranya ia mempengaruhi harga makanan mahupun barangan asas lain.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah mengarahkan satu pendekatan baharu perlu diambil untuk menangani kenaikan harga barabgan terutama harga ayam yang sering berulang.

“KPDNHEP akan mengeluarkan surat pemberitahuan kepada peniaga peringkat borong dan runcit untuk mengadakan libat urus bersama pengeluar dan penternak ayam di lokasi / lokaliti berlakunya kenaikan harga.

“Ini membolehkan peniaga menyemak
harga barang dan kos belian bagi mendapatkan margin untung yang lebih
munasabah dan memberi
peringatan kepada peniaga ayam supaya tidak menaikkan harga di mana-
mana peringkat rantaian pengedaran sewenang-wenangnya” katanya.

Beliau juga menyeru peniaga di semua peringkat rantaian mengekalkan
etika yang tinggi dalam menjalankan perniagaan dan membantu kerajaan
agar harga ayam kekal stabil tanpa kenaikan mendadak dan berterusan.


“Sekiranya peniaga enggan memberi kerjasama dalam menjayakan
pendekatan baharu ini, tindakan tegas akan diambil dan kompaun maksimum dan/atau pendakwaan di mahkamah akan diambil” tambahnya.

KPDNHEP akan mengadakan perbincangan secara berterusan dengan Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) dalam memastikan faktor huluan seperti harga dedak ayam yang diimport, harga
baka ayam dan harga anak ayam yang mempengaruhi harga ayam di
peringkat hiliran dapat diminimakan.

Dalam masa sama, KPDNHEP tidak bercadang untuk memperkenalkan kawalan harga tambahan selain yang telah dilaksanakan ketika musim perayaan besar
Malaysia di bawah Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP).

“Kementerian tidak teragak-agak untuk
melaksanakan kawalan harga jika harga terus meningkat di luar harga munasabah atau terdapatnya kartel yang memunipulasi harga di semua peringkat rantaian” tegasnya.

Pemantauan harga runcit pada 10 September 2021 mendapati harga purata ayam bersih standard peringkat Nasional adalah pada paras RM8.83/kg.

Di Semenanjung, harga purata ayam bersih standard adalah RM8.78/kg dan julat harga jualan adalah antara RM5.99/kg hingga
RM11.00/kg.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: