Terkini

80% rakyat Malaysia setuju strategi pengurangan mudarat tembakau mengurangkan perokok

KUALA LUMPUR – Majoriti rakyat Malaysia (80%) percaya mengguna pakai strategi pengurangan kemudaratan tembakau (THR) di negara ini akan membantu perokok berhenti merokok rokok tembakau kerana mereka mempunyai pilihan untuk bertukar kepada alternatif yang kurang memudaratkan.

Kaji selidik tersebut mendapati lebih separuh dari responden (58%) menyedari bahawa terdapat kajian yang membuktikan bahawa produk THR adalah kurang mudarat berbanding rokok tradisional. Dari semua produk THR yang terdapat di pasaran, majoriti responden (51%) mendapati vape merupakan cara yang paling praktikal untuk berhenti merokok dan majoriti berpendapat vape adalah kaedah paling selamat untuk berhenti merokok.

Maklumat ini didapati menerusi tinjauan pendapat Clearing the Smoke: An Insight on Tobacco Harm Reduction, yang dijalankan oleh DARE (Datametrics Research & Information Centre), yang berpangkalan di Malaysia menerusi Green Zebras iaitu sebuah syarikat peneraju kajian pasaran.

Steve Murphy, Pengarah Urusan dan Pengasas Bersama Green Zebras Sdn Bhd, berkata, “Tinjauan pendapat ini mendapati majoriti rakyat Malaysia mengetahui dan memahami konsep strategi THR walaupun ia agak baru di negara ini,” 

Sebilangan besar (95%) mengatakan bahawa kerajaan Malaysia mesti terlibat dalam melaksanakan strategi THR di Malaysia. Walau bagaimanapun, separuh daripada responden (50%) berpendapat bahawa kerajaan tidak membangunkan strategi THR. Jika alternatif yang kurang mudarat berbanding rokok tradisional terbukti efektif dalam menurunkan kadar merokok di negara ini, maka 98% dari mereka yang terlibat dalam tinjauan pendapat ini menyokong kerajaan untuk mengunakan pendekatan THR dalam negara. 

Analisis mendalam yang dilakukan oleh DARE mengenai amalan pendekatan THR di seluruh dunia telah menunjukkan bahawa produk yang mengurangkan kemudaratan seperti vape tidak hanya kurang mudarat tetapi juga berkesan dalam mengurangkan kekerapan merokok.

Di United Kingdom (UK), di mana strategi THR mengunakan produk vape untuk membantu mengurangkan tabiat merokok telah dilaksanakan, dua juta perokok telah berjaya berhenti merokok antara tahun 2011 hingga tahun 2019. Public Health England, iaitu agensi kesihatan awam utama UK mendapati bahawa produk vape merupakan cara paling popular yang digunakan oleh pengguna yang ingin cuba berhenti merokok. PHE juga mendapati vape adalah 95% kurang mudarat berbanding rokok tradisional. Hasil kajian PHE ini disokong oleh ramai pakar-pakar dunia dan agensi kesihatan awam antarabangsa. 

Pankaj Kumar, Pengarah Urusan DARE berkata, “Hasil dari tinjauan pendapat ini tepat pada masanya kerana ia memberikan pemahaman yang lebih baik mengenai persepsi rakyat Malaysia terhadap THR dan bagaimana vape dapat menjadi medium yang berkesan bagi mengurangkan tabiat merokok di Malaysia. 

“Kerajaan perlu mengambil langkah yang tepat dan untuk memanfaatkan sepenuhnya potensi vape sebagai produk yang dapat mengurangkan kemudaratan, pelaksanaan peraturan berkaitannya adalah penting. Kerangka peraturan mesti ditentukan dengan baik dan mengambil kira manfaat kesihatan awam yang dapat ditawarkan oleh produk vape. Peraturan dan percukaian yang sesuai serta membezakan vape dan rokok tembakau perlu dilakukan untuk mendorong perokok beralih ke vape.

“Hasil dari tinjauan ini akan digunakan untuk menghasilkan satu laporan komprehensif mengenai manfaat pelaksanaan THR yang akan dilancarkan pada pertengahan Oktober 2021.”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: