Hiburan

Dolla bakal gegar Konsert Stay Strong Malaysia

Kuala Lumpur – Sebuah konsert amal anjuran MK Group bakal mempersembahkan kumpulan pop wanita terhangat di Malaysia, DOLLA.

Konsert yang diberi nama Stay Strong Malaysia itu yang dijadualkan pada Sabtu 30 Oktober 2021 pada jam 8.00 malam boleh ditonton secara maya.

Konsert yang bakal distrimkan secara langsung dari sebuah lokasi tertutup dalam bentuk maya oleh Hitman Group, bakal memberikan hiburan yang hangat lebih-lebih lagi apabila masyarakat sudah lama tidak menikmati konsert secara ‘live’ di musim pandemik.

Konsert yang imersif ini bukan sahaja dianjurkan untuk menghibur tetapi juga untuk mengumpul dana bagi petugas barisan hadapan.

Para penonton boleh menderma dengan mengimbas kod QR dari rakan e-dompet rasmi, FavePay yang bakal dipamerkan semasa konsert tersebut. 

100% sumbangan akan disalurkan untuk membeli bekalan perubatan untuk hospital-hospital dan membantu kakitangan perubatan yang telah bertungkus-lumus berdepan pandemik COVID-19. 

Dolla yang dianggotai oleh Wan Sabrina Wan Rusli (Sabronzo); Tabitha Ariel Lam (Tabby); Angelina Chai Ka Ying (Angel); dan Noorsyasya Afiqah Shahrizal (Syasya) bakal mempersembahkan nyanyian dan tarian yang memukau para penonton.

Popular dengan single mereka, ‘Dolla Makes You Wanna’, kumpulan ini terus mencuri perhatian penggemar muzik tanah air.

Mereka kemudian melancarkan lagu, ‘Impikan’, berserta versi Bahasa Inggerisnya, ‘Watch Me Glow’, pada Oktober 2020. ‘Impikan’ berjaya mendapat satu juta tontonan di YouTube kurang daripada dua minggu dan meraih perhatian media tempatan serta antarabangsa di samping rantau Asia Tenggara dan Korea.

Selain daripada konsert, para penonton akan disajikan dengan kandungan eksklusif seperti lawatan belakang tabir, wawancara, dan sesi interaktif Zoom bersama Dolla dan lain-lain.

Konsert Stay Strong Malaysia akan distrimkan secara langsung melalui https://www.facebook.com/MKGROUP88/ secara percuma.

Ia dipersembahkan oleh MK Group, disokong oleh Amazing Creative Group , MK Amusement,  Star Planet dan dibantu oleh Bigo sebagai rakan penstriman rasmi dan FavePay sebagai rakan e-dompet rasmi. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: