Bisnes

Azyma Care sasar pasaran global

Petaling Jaya – Syarikat bumiputera, Azyma Group yang memfokuskan pembuatan dan pemasaran produk penjagaan diri sejak 2017, kini bakal menembusi pasaran global.

Pengasasnya, Ahmad Zaiem Ismail menjelaskan perancangan itu bakal dimulakan pada awal tahun 2022 bermula di Indonesia dan Thailand.

“Alhamdulillah, produk Azymacare akan mula dipasarkan di Indonesia dan Thailand pada tahun depan berikutan permintaan yang memberangsangkan.

“Kami berharap ini juga sebagai satu usaha merancakkan kembali ekonomi selaras harapan kerajaan untuk pelan pemulihan dalam fasa pandemik covid-19” katanya.

Bermula dengan gel mandian, Azymacare kini melebarkan rangkaian produknya dengan melancarkan pencuci muka berasaskan tanah liat kaolin, royal jelly dan lebah propolis.

Pengasas bersama, Mohd Apandi Hussian menambah, kesemua produk Azymacare diyakini suci dan selamat serta diperakui dengan pensijilan halal Jakim, ISO 9001:2015, US FDA dan diuji oleh pakar dermatologis.

“Insya Allah dengan sijil perakuan ini, produk kami lebih mudah menembusi pasaran luar dan yang pasti, para pengguna juga yakin menggunakannya” katanya dalam sidang media.

Kini, para pengguna boleh menikmati promosi ‘apreciate box’ dengan harga RM210 sahaja yang mengandungi 3 botol gel mandian, 1 botol pencuci muka, berus mandian, baucar pembelian dan beg.

Azymacare juga turut mengalu-alukan orang ramai yang ingin menjana pendapatan tambahan untuk mendaftar sebagai ejen jualan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google photo

You are commenting using your Google account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: