BANM Capital menggalakkan pembangunan keusahawanan belia dengan pelancaran “BANM Youth Start Up Project” yang menawarkan peluang keusahawanan bernilai RM 3 juta
KUALA LUMPUR – BANM Capital adalah sebuah syarikat pemegang pelaburan yang memiliki pelbagai jenama makanan dan minuman (F&B) serta sebuah syarikat teknologinya sendiri dengan kepakaran pembangunan aplikasi.
Ia telah membuat komitmen untuk melancarkan projek-projek keusahawanan baharu bagi membantu golongan belia untuk memulakan perniagaan.
BANM Capital telah melancarkan ” BANM Youth Start Up Project ” yang menawarkan peluang keusahawanan bernilai RM3 juta bagi membantu golongan belia untuk merealisasikan cita-cita perniagaan mereka.
Ditubuhkan dalam tahun 2020, operasi BANM Capital adalah berpandukan nilai-nilai teras – kecemerlangan, perlaksanaan yang cekap dan mencapai kemenangan dengan cara berkongsi. Pengasas dan ketua pegawai eksekutif syarikat ini Sherman Heng menyatakan bahawa penubuhan syaikat ini adalah untuk mengotakan janji yang telah dibuat oleh pengasas bersama, Zhen Wei, tujuh tahun lalu.

Janji tersebut adalah untuk menubuhkan sebuah Dana Pelaburan Budiman (Angel Investment Fund) bagi membantu golongan belia untuk memulakan perniagaan mereka.
BANM merupakan sebuah akronim kepada “Be A Nice Man” yang melambangkan hasrat syarikat ini untuk memupuk bakat-bakat baharu, mencipta peluang pekerjaan serta peluang keusahawanan, lantas melahirkan lebih ramai orang budiman dan seterusnya mencipta sebuah masyarakat yang lebih baik.
Dalam tahun 2021, BANM Capital dengan rasminya telah mengambil alih dan membangunkan pelbagai jenama makanan dan minuman (F&B), menubuhkan sebuah syarikat teknologi dan perusahaan-perusahaan yang melibatkan operasi huluan dan hiliran kumpulan tersebut.
Pada masa ini, ia merupakan pemilik kepada lima buah anak syarikat iaitu The Alley Malaysia, JnG Fried Chicken Malaysia, Moden Kol, Alley Go, dan BANM Alley (BANM Tech Sdn Bhd).
BANM Youth Start Up Project bakal menawarkan peluang keusahawan bernilai RM3 juta kepada golongan belia berwarganegara Malaysia selaras dengan misi syarikat untuk memupuk bakat-bakat baharu, keusahawanan inovatif dan membantu golongan belia untuk memulakan perniagaan. Sherman Heng berkata bahawa generasi masa kini adalah berani dan lebih sukakan cabaran, malah ada sesetengah mereka yang telah memulakan perniagaan ketika mereka masih belajar atau sebaik sahaja tamat pengajian mereka.

Sherman Heng berkata bahawa projek ini adalah antara langkah pertama yang diambil untuk membantu golongan belia dan BANM Capital telah menyasarkan untuk membantu 300 belia untuk memulakan perniagaan mereka dalam jangka masa tiga tahun dan seterusnya meningkatkan peluang pekerjaan dan keusahawanan di pasaran.
Tambahan lagi, BANM Capital dijangka akan membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi dan kelab-kelab belia untuk mempromosikan projek ini kepada belia-belia yang bakal memasuki pasaran pekerjaan tidak lama lagi, dan pada yang sama mengenal pasti bakat-bakat yang berpotensi. Keduanya, memandangkan BANM Capital merupakan sebuah syarikat yang berasaskan F&B dan teknologi, usaha-usaha akan ditumpukan untuk membangunkan jenama, mempertingkatkan khidmat layanan dan kualiti produk, membuka cawangan tambahan dan mengembangkan pasaran, untuk memberikan pengalaman yang lebih baik kepada para pelanggan. Pelan ketiga bakal bertumpu kepada teknologi, yang mana akan menyaksikan pelancaran BANM Alley App pada tahun depan, untuk memaksimumkan nilai dengan perlaksanaan sistem keahlian bagi jenama-jenama F&B yang dimilikinya.