Uncategorized

Qaseh Gold sasar lahir 1000 usahawan, 100 jutawan

Kuala Lumpur – Kumpulan Ana Global Ventures (AGV) melalui anak syarikatnya, Qaseh Health Resources Sdn. Bhd. (QHR) sasar untuk melahirkan 1,000 usahawan baharu pada tahun depan dengan pendapatan minimum masing-masing sebanyak RM2,000 se­bulan.

Menurut Pengasas Qaseh Gold merangkap Pengarah Eksekutif Kumpulan Ana Global Ventures (AGV) Hasniza Hassan, misi utama syarikat sempena melangkah ke tahun baru adalah membina 100 jutawan Qaseh Gold dalam tempoh 3 tahun. 

“Apa yang terdetik di hati saya, bagaimana saya sebagai seorang Muslim ingin menjayakan Qaseh dengan lebih meluas, supaya dapat membawa kembali fenomena Qaseh Gold yang dulu pernah melanda negara untuk membantu lebih ramai keluarga jadi sihat dan bahagia.

“Doakan misi kami untuk melahirkan 100 jutawan QASEH dalam tempoh 3 tahun berjaya dicapai pada tahun 2024 nanti. “ Kata Hasniza.

QHR yang menawarkan 13 jenis produk penjagaan kesihatan berjenama Qaseh Gold, buat masa ini memiliki 2,800 pengedar termasuk stokis di seluruh negara.

Qaseh Gold turut meraikan para usahawannya dengan malam penyampaian anugerah bertujuan meningkatkan kembali semangat selepas diduga pandemik covid-19.

Sebanyak 8 anugerah utama dengan meraikan 117 penerima anugerah pada malam Stargavanza 2021 Qaseh Gold. 

Rangkaian produk Qaseh Gold mula dipasarkan pada tahun 2007 dan antara produk popularnya adalah Qaseh Gold Adinda, Qaseh Gold Kekanda dan juga terkini produk rangkaian Qaseh Gold Junior yang dijual pada harga antara RM18 hingga RM75 sebotol.

Qaseh Gold Junior diba­ngunkan melalui hasil formulasi bahan-bahan semula jadi bersesuaian untuk kanak-kanak seawal usia satu tahun ke atas.

Hasniza turut menyatakan hasrat membawa masuk produk Qaseh Gold premium di farmasi terpilih.

Turut hadir tetamu kehormat, Panel Syariah Ana Global Ventures, iaitu Dr. Zaharuddin Abd Rahman  dan Prof. Madya. Dr. Azman Mohd Noor.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: