PUTRAJAYA – Jenama tudung premium, Bokitta, kini kembali beroperasi di Alamanda Putrajaya menerusi pembukaan semula butik yang tampil dengan wajah baharu dan keluasan hampir dua kali ganda berbanding sebelumnya. Pembukaan ini selari dengan transformasi menyeluruh pusat beli-belah Alamanda yang kini memberi penekanan kepada pengalaman membeli-belah dan gaya hidup lebih moden.
Butik baharu itu direka bagi menawarkan pengalaman membeli-belah yang lebih selesa dengan ruang pameran lebih luas, susun atur kontemporari serta koleksi lengkap tudung dan aksesori Bokitta untuk memenuhi permintaan pelanggan yang semakin meningkat.
Menurut Pengarah Urusan A&A Empire Sdn. Bhd, Datin Ayu Roslan, pembukaan semula ini mencerminkan komitmen jenama berkenaan untuk terus memperkukuhkan kehadirannya di Malaysia, selain menyediakan pengalaman runcit yang lebih eksklusif kepada pelanggan setia dan pengunjung baharu.

“Sebelum ini, kedai konsep Bokitta berada di tingkat bawah dan terkini kita berpindah ke tingkat 1 dengan keluasan butik yang lebih besar bagi memberi keselesaan kepada para pelanggan.
“Ada pelbagai koleksi tudung Bokitta dan aksesori boleh didapati disini, para pelanggan boleh merasai dan mencuba sendiri untuk melihat kesesuaian dari segi rekaan dan warna” katanya.
Tambahnya, salah satu sebab tudung Bokitta mudah diterima di sini ialah rekaannya yang berinovasi dan mudah diterima ramai sekaligus tercetusnya fenomena ‘Bokitta lovers’ di Malaysia.
Sementara itu, Bokitta turut melancarkan koleksi baharu dengan siri Monogram yang menampilkan logo jenama Bokitta yang direka menggunakan huruf Kufi Arab moden, sekali gus menghasilkan identiti visual yang berani dan elegan.
Dipadankan dengan palet warna monokrom, koleksi ini menggabungkan gaya kontemporari yang menyerlah dengan sentuhan klasik yang tidak lapuk dek zaman.

“Menggabungkan rona monokrom yang sofistikated dengan rekaan kontemporari, koleksi ini menawarkan keseimbangan antara gaya yang berani, elegan dan versatil untuk dipakai dalam pelbagai acara” ujarnya lagi.
Ketua Pegawai Operasi A&A Empire Sdn. Bhd, Aniza Shahadan menambah, koleksi ini direka untuk wanita moden yang menghargai fesyen serta keselesaan, setiap helaian mencerminkan komitmen Bokitta terhadap inovasi, kualiti dan estetika premium.
“Sejak dilancarkan, rekaan monogram ini mendapat sambutan luar biasa dan mencatatkan jualan tertinggi.
“Menariknya, kami juga mengeluarkan rekaan terus pakai (instant) dan shawl sekaligus mendapat pelbagai respon positif dari pelanggan, ada yang menggemari jenis instant dan ada juga yang sukakan shawl, jadi para pelanggan ada pilihan mengikut cita rasa tersendiri” katanya.

Dengan koleksi terbaharu ini, ia bukan sahaja sesuai digayakan oleh golongan wanita bekerjaya malahan sepadan untuk gadis yang sentiasa aktif dengan aktiviti harian, tetapi dalam masa sama masih mahu kelihatan segar dan trendy.
Pembukaan semula butik Bokitta ini diharap dapat mengukuhkan lagi hubungan dengan pelanggan menerusi pengalaman membeli-belah yang lebih interaktif, di samping memperkenalkan koleksi terkini yang menggabungkan elemen fesyen, keselesaan dan inovasi.
