Terkini

Yayasan Khalaz turun padang bantu mangsa banjir

Shah Alam – Atas dasar prihatin terhadap mangsa banjir yang terjejas, Yayasan Khalaz (YK) bertindak menyalurkan bantuan sumbangan dan bantuan mencuci kediaman di Taman Sri Muda, Shah Alam.

Pengasas Yayasan Khalaz, Khalizah Alihan berkata mereka tampil membantu memberikan sumbangan bagi meringankan beban mangsa banjir yang terlibat akibat bencana alam yang berlaku.

Beliau turut berharap agar dapat menyalurkan bantuan pada skala lebih besar untuk beberapa lagi kawasan terlibat.

Antara sumbangan yang diberikan adalah barangan keperluan makanan, pakaian, telekung dan selimut serta menawarkan perkhidmatan membersihkan rumah bagi meringankan beban yang ditanggung mereka.

“Sebelum kami sampai di Taman Sri Muda, kami telah pun ke Hulu Langat terlebih dahulu. Alhamdulillah, saya cukup bangga apabila melihat pelbagai bangsa turut serta membantu mangsa-mangsa banjir disitu.

“Dan inilah semangat Keluarga Malaysia yang dapat kita lihat” katanya.

Beliau turut menyatakan bakal ke Kuantan bagi membantu mangsa banjir disana.

“Selepas ini kami akan ke Kuantan dan antara fokus untuk menyalurkan bantuan membersihkan kediaman yang terjejas banjir disitu” tambahnya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: