Gaya Hidup

Dapur KLGCC tawar sajian bufet ramadan mewah pada harga berpatutan

Kuala Lumpur – Bermula dari 5 April hingga 1 Mei 2022, Dapur KLGCC akan menjadi pentas utama di Grand Ballroom Pusat Konvensyen Sime Darby. Diketuai oleh Cef Eksekutif Mohd Faisal Ismail, pengunjung akan disajikan dengan hidangan bufet mewah dari lebih 20 gerai makanan yang menghu]idangkan sajian tempatan dan antarabangsa yang disediakan khas oleh cef berbakat .

Antara menu yang menjadi penyeri adalah lidah bakar, ayam panggang bubu Bali, bubur lambuk, sambal udang petai, tenggiri cili hijau, daging darat masak kalio, kambing panggang, sate, variasi salad dan pencuci mulut.

Sementara stok masih ada, baucer ‘early bird’ kini dijual pada harga RM86 bersih (Ahli) dan RM98 bersih (Pelawat) dengan bufet penuh berharga RM118 bersih (Ahli) dan RM140 bersih (Pelawat). Kanak-kanak berumur antara 6 hingga 12 tahun boleh menikmati 50% daripada harga bufet penuh.

Bagi mereka yang gemar berbuka puasa dalam keselesaan di rumah, menu Set Sundown Istimewa – sesuai untuk 4 orang dan berharga RM128++ boleh didapati dari Golfers’ Terrace bermula 2 April hingga 3 Mei 2022 dari jam 4.00 petang hingga 8.30 malam setiap hari.

Untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai baucar Dapur KLGCC dan menu bawa pulang, sila hubungi 03-2011 9187 / 189 atau WhatsApp pasukan di +6011-4046 7845.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: