Terkini

Penjual tempatan baharu di Shopee kembangkan perniagaan sebanyak lebih 150%

KUALA LUMPUR- Pemerhatian data bagi pasca kempen 3.15 Hari Pelanggan Shopee mendedahkan bahawa bilangan perniagaan luar bandar dan komuniti Malaysia yang mengambil bahagian sebagai penjual Shopee Marketplace telah meningkat 7.5 kali ganda sejak bulan Januari 2020 hingga kini. Selain memacu penglibatan mereka dalam ekonomi digital menerusi tahap pemahaman e-dagang yang lebih tinggi, penyertaan dalam modul peningkatan kemahiran yang ditawarkan percuma oleh Shopee University meningkat 49 kali ganda dalam tempoh ini. Majoriti daripada penjual tempatan baharu ini telah mengembangkan perniagaan mereka sebanyak lebih daripada 150%, ekoran peningkatan liputan gudang dan rantaian bekalan.

Kini, terdapat lebih dua juta penjual yang mempunyai tag “Penjual Tempatan” atau “Local Seller” di pasaran Shopee, yang menawarkan pelbagai jenis produk tulen Buatan Malaysia kepada pengguna. Para penjual tempatan ini menggunakan alat-alat Shopee yang paling popular yang menggalakkan penglibatan seperti Shopee Live, Shopee Feed, dan live chat bagi mencipta pengalaman membeli-belah baharu, menarik dan unik untuk pengguna Malaysia.

Penjual-penjual baharu di platform ini memperoleh manfaat dengan peningkatan kunjungan ke kedai mereka, berikutan pertumbuhan yang mampan dalam trafik platform Shopee sejak pra-pandemik selama dua tahun lepas. Selain itu, Platform Antarabangsa Shopee telah memberikan mereka akses sehenti untuk meneroka peluang di pasaran luar negara, di mana barangan mereka boleh menjangkau pangkalan pengguna yang lebih luas.

Terence Pang, Ketua Pegawai Operasi di Shopee berkata, “Kami diberi galakan oleh keahlian penjual di platform kami dan berbesar hati menjadi sebahagian daripada perjalanan mereka dalam mengembangkan perniagaan bagi mencapai pertumbuhan yang mampan. Memacu penjual tempatan di platform kami dan meningkatkan kemahiran mereka demi kejayaan e-dagang merupakan langkah pertama dalam menggunakan teknologi untuk berkhidmat kepada komuniti yang terabai supaya mereka menyumbang dengan besar kepada pemulihan ekonomi tempatan.”

“Dalam pada penjual Malaysia memanfaatkan kempen jualan mega yang bersifat setempat seperti 3.15 Hari Pelanggan serta membina kesetiaan jangka panjang bersama pelanggan melalui pengalaman membeli-belah yang mendalam dan diperibadikan, mereka dapat mengambil bahagian dan menyumbang kepada ekonomi secara inklusif. Kami akan terus melengkapkan rakyat Malaysia dengan ilmu e-dagang dan alat pemasaran yang lebih lagi demi membantu mereka mencapai kejayaan yang lebih cemerlang,” tambah beliau.

Shopee University telah memperkasakan lebih 148,000 penjual di seluruh Malaysia sejak peralihan kepada format atas talian pada tahun 2020. Mereka meningkatkan kemahiran mereka menerusi lebih 30 modul berbeza yang disediakan secara percuma oleh Shopee University iaitu mengenai jualan, pemasaran dan operasi atas talian (dari peringkat permulaan hingga peringkat lebih tinggi). Modul-modul ini diadakan dalam Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia, dan Bahasa Cina. Para penjual juga memanfaatkan Program ShopeeXperts, di mana 27 jurulatih penjual bertauliah membimbing rakan penjual tempatan yang memerlukan lebih pengetahuan dalam aspek digital dan kewangan untuk beroperasi secara menguntungkan di atas talian.

Sebagai contoh, penjual Shopee Liow Chee Kah, pemilik Woohuu Store, berjaya mencapai jualan RM1 juta dalam tempoh tujuh bulan pertama selepas menyertai platform tersebut dengan menjual selipar. Beliau belajar menggunakan Iklan Shopee dan mengambil bahagian dalam Jualan Kilat Shocking Sale Shopee untuk meningkatkan jualan. Selain itu, penjual Shopee Mohamad Hassaidi, dari Hasbella Kids Fashion, mencapai peningkatan jualan sebanyak 5 kali ganda pada tahun lepas. Beliau memperluaskan gudang dari rumah kepada sebuah lot kedai yang mempunyai tiga tingkat dan telah menambah dua tingkat lagi pada bulan Januari 2022. Beliau mempelajari tentang cara menarik trafik pelanggan dan meningkatkan kehadiran atas talian daripada modul pemasaran Shopee University.

Kredibiliti dan kebolehpercayaan Shopee sebagai sebuah pasaran dalam kalangan rakyat Malaysia juga membantu meningkatkan kesedaran dan kesetiaan berterusan kepada penjual Shopee. Pada bulan Januari 2022, berdasarkan maklum balas daripada 11,000  pengguna, Shopee telah dinamakan dalam “Ipsos Trust Track: The Most Trusted Corporations and Institutions in Malaysia (2021)”.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: