Bisnes

Oldtown White Coffee lancar menu baharu, perluas pakej francais

PETALING JAYA – Oldtown White Coffee hari ini melancarkan beberapa menu baharu serta menandatangani perjanjian francais bersama enam francaisi baru.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Dato’ Hj Rosol Wahid di Blue Concourse, Sunway Pyramid, Petaling Jaya.

Menu baharu yang dilancarkan ialah Coffee Crumbles Freezy (Freezy Taburan Kopi), Chocolate Pops Freezy (Freezy Coklat Pop), Red Bean Sesame Freezy (Freezy Bijan Kacang Merah), Aiskrim perisa bijan, Cendol Kopi Putih dengan Ais Krim, Ayam Kukus dengan Bebola Nasi dan Ayam BBQ dengan Bebola Nasi.

Dawn Liew, Ketua Pegawai Eksekutif, Kopitiam Asia Pacific Sdn Bhd (Oldtown White Coffee) menjelaskan pemilihan menu baharu adalah berdasarkan minat dan selera masyarakat Malaysia selain mengetengahkan makanan konsep kopitiam sesuai untuk pelbagai lapisan.

Beliau turut menambah, Oldtown White Coffee akan mengembangkan sistem perniagaan francaisnya dengan membangunkan pakej francais baharu dengan modal kurang daripada RM 50,000 dan RM 100,000 ke pasaran global. Perkembangan ini selaras dengan perancangan Oldtown White Coffee untuk membuka 30 cawangan baharu di seluruh negara sepanjang tahun 2022 ini.

“Untuk kali ini, kami juga menandatangani perjanjian francais bernilai RM 2.9 juta antara Oldtown White Coffee bersama 6 francaisi baharu yang akan membuka cawangan Oldtown di IOI City Mall, R&R Tapah, Kedah Digital Library dan lain-lain” katanya.

Dalam majlis sama, prototaip bagi Pakej Perniagaan Francais Mikro (Mesin layan diri) dan Mampu Milik (Oldtown Express) turut diperkenalkan dan merupakan satu inovasi francais yang bakal menjadi tanda aras baharu dalam industri pebyediaan makanan.

Turut hadir menyempurnakn majlis, Datuk Dr. Radzali Hassan, Pengerusi Persatuan Francais Malaysia (MFA).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: