Terkini

Persidangan Hari Asma Sedunia 2022: Menutup Jurang dalam Penjagaan Asma

KUALA LUMPUR – Asthma Malaysia telah menganjurkan Persidangan HariAsma Sedunia 2022 dari jam 11.00 pagi hingga 3.00 petang bertempat di PusatPersidangan dan Acara Connexion, Kuala Lumpur hari ini. Persidangan ini telahdisempurnakan perasmiannya oleh YB Khairy Jamaluddin, Menteri Kesihatan, bertepatan dengan sambutan memperingati Hari Asma Sedunia tahun ini dan iajuga merupakan gabungan kerjasama antara Persatuan Thoracic Malaysia (MTS), Persatuan Pakar Perubatan Keluarga Malaysia (FMSA), Persatuan PerubatanMalaysia (MMA), Persatuan Ahli Farmasi Malaysia (MPS) dan AstraZeneca Malaysia. Persidangan yang diadakan separuh hari ini bertujuan membincangkan cabaran dan penyelesaian dalam menangani jurang dalam penjagaan asma di Malaysia selaras dengan tema Hari Asma Sedunia tahun ini: Menutup Jurang dalam PenjagaanAsma.

Di Malaysia, terdapat hampir dua juta pesakit asma. Penyakit respiratori merupakan punca kematian kedua di hospital-hospital Kementerian Kesihatan. Kekurangan pengiktirafan asma sebagai bidang tumpuan dalam agenda penjagaan kesihatan negara telah disebut sebagai salah satu halangan utama dalam membolehkan akses awal dan adil diberikan kepada diagnosis dan rawatan berpandukan bukti dalam kalangan pesakit asma di negara ini.

Menerusi persidangan ini, pakar penjagaan kesihatan, wakil pesakit dan rakan industri berkumpul untuk meneroka potensi menjadikan asma sebagai bidang keutamaan penyakit tidak berjangkit (NCD) utama di Malaysia. Selain merasmikan pelancaran semula laman web rasmi Asthma Malaysia, YB Khairy turut menyaksikan majlis menandatangani ikrar oleh pelbagai pihak bagi menyatakan komitmen bersama mereka dalam meningkatkan penjagaan asma di Malaysia. Beberapa siri ceramah dan dialog telah diadakan pada sebelah pagi yang diketuai oleh beberapa pakar perubatan dan wakil pesakit, dimana dapat disimpulkan bahawa terdapat keperluan campur tangan yang lebih besar terhadap penyakit asma di Malaysia bagi membendung penderitaan dan beban kewangan oleh pesakit akibat daripada asma mereka yang tidak dikawal dengan baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: