Hwajing Travel x Adora Cruise - Charter Cruise Signing Ceremony 2026

Kuala Lumpur – Sektor pelancongan kapal persiaran Malaysia dijangka terus berkembang bersempena Tahun Melawat Malaysia 2026, yang bakal menyaksikan Hwajing Travel & Tours Sdn Bhd membawa kapal persiaran Adora Mediterranea ke Pelabuhan Klang bagi musim pelabuhan tempatan eksklusif hujung tahun ini. 

Kerjasama ini dimeterai di Internationale Tourismus-Börse China (ITB China 2026) melalui upacara pertukaran perjanjian antara Kenny Cheong, Pengarah Urusan Hwajing Travel & Tours Sdn Bhd dan Jenny Ye, Naib Presiden, Jualan, Pengurusan Hasil & Operasi Komersial, Adora Cruises Limited. Inisiatif ini disokong oleh kepimpinan pelancongan Malaysia, termasuk Dato’ Sri Tiong King Sing, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya dan Mohd Amirul Rizal Abdul Rahim, Ketua Pengarah Tourism Malaysia. 

Penempatan ini menandakan inisiatif ketiga bagi kapal persiaran antarabangsa berlabuh di negara ini oleh Hwajing Travel dari Pelabuhan Klang, selepas program seumpamanya bersama Costa Serena pada 2024 dan MV Piano Land pada 2025. Ia mengukuhkan peranan syarikat dalam memajukan aspirasi pelancongan kapal persiaran Malaysia serta menjadikan percutian kapal persiaran antarabangsa lebih mudah diakses oleh pelancong tempatan dan serantau. 

Bersempena ulang tahun ke-37 Hwajing Travel, carter eksklusif Adora Mediterranea ini merupakan satu lagi pencapaian syarikat dalam pengembangan pasaran pelabuhan kapal persiaran Malaysia. Dengan Pelabuhan Klang sebagai satu-satunya pelabuhan pelayaran, inisiatif ini menambah produk pelancongan kapal persiaran serantau baharu kepada sektor pelancongan Malaysia. 

Mr Kenny Cheong, Pengarah Urusan Hwajing Travel & Tours Sdn. Bhd. berkata, “Hwajing Travel berbesar hati diberi kepercayaan oleh Adora Cruises untuk tugas penting ini ketika jenama itu membuat pelayaran luar negara yang pertama. Ini mencerminkan kekuatan sektor kapal persiaran China yang semakin berkembang dan komitmen bersama kami untuk membangunkan pasaran pelancongan serantau. Melalui kerjasama ini, kami berharap dapat mencipta pengalaman percutian kapal persiaran mesra Muslim yang unik untuk pelancong Malaysia dan serantau, di samping menjadi salah satu kapal persiaran paling mengujakan di Asia Tenggara.” 

Ms Jenny Ye, Naib Presiden, Jualan, Pengurusan Hasil & Operasi Komersial, Adora Cruises Limited menambah, “Malaysia adalah pasaran penting bagi Adora Cruises ketika kami mengembangkan jalinan antarabangsa, dan kami berbesar hati bekerjasama dengan Hwajing Travel untuk membawa Adora Mediterranea ke Pelabuhan Klang. Melalui penempatan ini, kami berharap dapat memperkenalkan pengalaman kapal persiaran Adora kepada pelancong di Malaysia dan serantau, menawarkan gabungan hospitaliti antarabangsa dengan pelbagai sajian, hiburan dan perkhidmatan yang direka khusus untuk pelancong dari Asia.” 

Terkenal sebagai ‘Art Ship’, Adora Mediterranea menggabungkan reka bentuk berinspirasikan Mediterranean, sajian antarabangsa, hiburan langsung, bar bertema, kemudahan mesra keluarga dan aktiviti atas kapal yang imersif. Kapal ini mempunyai jumlah berat kasar 85,619 tan, kapasiti penumpang 2,680 orang, 1,057 kabin, dan 12 dek. 

Untuk penempatan Malaysia 2026, semua pelayaran akan berlepas dari Pelabuhan Klang, yang menawarkan kemudahan percutian kapal persiaran bermula terus dari Malaysia. Pengalaman atas kapal juga akan merangkumi hidangan mesra Muslim dan pasukan perkhidmatan berbilang bahasa, termasuk kru yang fasih berbahasa Mandarin, Inggeris dan Melayu, dalam penyediaan perkhidmatan lebih istimewa kepada pelancong Malaysia dan serantau. 

Adora Mediterranea akan menawarkan empat itinerari dari Pelabuhan Klang:

  • 3H2M Pelabuhan Klang – Pulau Pinang – Pelabuhan Klang, dari RM499
  • 4H3M Pelabuhan Klang – Pulau Pinang – Langkawi – Pelabuhan Klang, dari RM799
  • 4H3M Pelabuhan Klang – Phuket – Pelabuhan Klang, dari RM899
  • 6H5M Pelabuhan Klang – Nha Trang – Guangzhou, dari RM1,299

Sebanyak lapan pelayaran dijadualkan dari 24 November hingga 14 Disember 2026, dengan itinerari yang sesuai untuk pelancong berkeluarga serta pelbagai peringkat umur. Ia juga sesuai bagi pelancong baharu mahu pun yang pernah belayar sebelum ini. Bahkan juga menepati impian percutian serantau yang menyeronokkan dan menyenangkan sambil menikmati pelayaran sehala lebih lama ke Guangzhou. 

Dengan pengalaman pasaran yang kukuh oleh Hwajing Travel dan kepakaran operasi serta produk kapal persiaran oleh Adora Cruises, kedua-dua pihak berhasrat mencipta pengalaman kapal persiaran baharu yang menarik untuk Asia Tenggara yang menggabungkan aksesibiliti serantau, itinerari yang direka khusus, perkhidmatan gaya tempatan dan menyajikan pelabagai daya tarikan produk kapal persiaran Asia kontemporari. 

Tempahan kini dibuka melalui Hwajing Travel & Tours, dengan tambang promosi dan tawaran tertakluk kepada ketersediaan, kategori kabin terpilih, tarikh pelayaran dan terma serta syarat semasa.

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading