Gaya Hidup

Bloom In Style di Suria KLCC

Kuala Lumpur – Mulai sekarang hingga 19 Jun 2022, Suria KLCC dihiasi dengan keindahan bunga bunga gergasi melalui kempen fesyen dan kecantikan terbarunya.

Bunga-bunga gergasi yang dihiasi bakal mengalu-alukan para pembeli belah tatkala mengunjungi “Secret Garden” yang terletak di Ramlee Mall, Aras 1. Kawasan tersebut dipenuhi dengan bunga-bungaan dan pencahayaan berwarna-warni, sesuai untuk latar foto di Instagram.

Tingkatkan pengalaman membeli-belah anda dan dapatkan inspirasi dengan paparan yang disusun oleh kedai kedai fesyen dan kecantikan. Pembeli boleh menemuinya di ruang acara utama serta di sekitar pusat membeli-belah.

Photo by Andy Kho


Semasa kempen ini, para pembeli yang berbelanja sekurang-kurangnya RM600 dalam maksimum dua resit di mana-mana kedai Fesyen, Kecantikan, Sukan dan Salun Kecantikan di Suria KLCC akan diberi ganjaran baucar Suria KLCC yang bernilai RM50.

Kedai fesyen dan kecantikan terpilih seperti Kate Spade, Giorgio Armani Beauty, Salvatore Ferragamo, Yves Saint Laurent Beaute, Braun Buffel, PUMA juga akan menganjurkan pengaktifan dalam kedai dan tontonan produk eksklusif untuk mencipta pengalaman pembelian istimewa di Suria KLCC.

DERMA PAKAIAN TERSAYANG ANDA DAN TERIMA GANJARAN

Dengan kerjasama The Salvation Army, pembeli akan diberi ganjaran baucar extra dari kedai kedai terpilih apabila mereka menderma lima helai pakaian dan ke atas sekali gus. Ini boleh dilakukan di Ramlee Mall, Tingkat 1.


“Dengan hiasan yang meriah serta ganjaran fesyen dan kecantikan yang menarik di Suria KLCC, ini adalah masa terbaik untuk para pengunjung membeli belah di kedai kedai fesyen kegemaran mereka. Kempen ini juga memberi peluang kepada pembeli untuk menyumbang kepada tujuan yang baik dengan menderma pakaian tersayang mereka,” jelas Andrew Brien, Pengarah Eksekutif serta Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd. Pakaian yang dikumpul akan didermakan kepada The Salvation Army dalam masa seminggu selepas kempen tamat.

Photo by Andy Kho

The Salvation Army ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan yang telah berkhidmat kepada masyarakat kurang bernasib baik di Malaysia. Organisasi ini mempunyai rangkaian perkhidmatan sosial yang komprehensif untuk memenuhi pelbagai keperluan dalam komuniti.

Selain membantu masyarakat dalam dermaan pakaian, mereka menyediakan rumah kediaman untuk kanak-kanak dan orang tua, asrama, perkhidmatan sokongan keluarga, jagaan harian, pusat tuisyen, pusat bantuan pelarian dan perkhidmatan bantuan kecemasan semasa krisis.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: