Luar Negara

Kementerian Agama Indonesia Kemuka Kos Tambahan Haji RM450 Juta

JAKARTA – Kementerian Agama Indonesia (Kemenag) mengemukakan usul kos tambahan operasi haji rutin dan khusus sekitar 1.5 trilion rupiah (RM450.02 juta) disebabkan kenaikan harga perkhidmatan oleh kerajaan Arab Saudi, lapor program berita Liputan 6 semalam.

“Kami telah menyerahkan surat kepada Ketua Komisi VII Dewan Perwakilan Rakyat (DPR) mengenai anggaran tambahan penyelenggaraan ibadah haji rutin dan khusus bagi tahun 2022,” kata Menteri Agama, Yaqut Cholil Qoumas semasa Mesyuarat Komisi VII DPR kelmarin.

Katanya, kos tambahan itu timbul ekoran dasar terbaharu Arab Saudi melibatkan kenaikan harga pakej perkhidmatan di Arafah, Muzdalifah dan Mina.

Arab Saudi menetapkan sistem pakej perkhidmatan Masyair dengan bayaran 5,656.87 riyal (RM6,599) bagi setiap jemaah, manakala bajet yang dipersetujui pada 13 April lalu cuma 1,531.02 riyal (RM1,786) setiap jemaah.

“Jadi, terdapat kekurangan kos sebanyak 4,125.02 riyal (RM4,816) untuk setiap jemaah atau secara keseluruhan, sekitar 380.5 juta riyal atau 1.46 trilion rupiah (RM439) juta,” katanya.

Dalam pada itu, jumlah kekurangan bajet bagi pegawai haji dan kumpulan bimbingan haji dan umrah adalah 9.18 bilion rupiah (RM2.78 juta).

Bajet tambahan juga diperlukan untuk kos jemaah Surabaya yang terlebih dahulu mendarat di Lapangan Terbang Soekarno Hatta. Terdapat bajet kos pertukaran asing sebanyak 19.28 bilion rupiah (RM5.79 juta).

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: