81641100864_950x600

Kuala Lumpur – Penduduk di kawasan pesisir pantai diminta berwaspada dengan fenomena air pasang besar yang diramalkan bermula hari ini hingga 17 Julai (Ahad). 

Pusat Hidrografi Nasional, menerusi hantaran di Facebook berkata fenomena itu berlaku disebabkan dipengaruhi oleh daya tarikan graviti bulan dan matahari. 

“Penduduk berhampiran pesisir pantai disaran agar peka dan berwaspada berdepan fenomena ini. 

“Sila pantau keadaan cuaca semasa dan rujuk agensi berkaitan untuk informasi keselamatan kawasan pesisir pantai,” menurut hantaran itu. 

Sementara itu, orang ramai boleh melayari laman sesawang https://hydro.gov.my/ramalanpasangsurut/ bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai paras pasang surut berhampiran. 

Leave a Reply

Discover more from Malaysianews TV

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading