Terkini

Yayasan Peneraju dan Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia tandatangan MOU tambah bilangan pakar bumiputera dalam perubatan

KUALA LUMPUR -Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera (Yayasan Peneraju) dan Akademi Kedoktoran Keluarga Malaysia (AFPM) menandatangani Memorandum Persefahaman bertujuan menambah bilangan pakar Bumiputera dalam bidang perubatan keluarga.


Kerjasama yang dimeterai bagi tempoh tiga tahun itu akan membolehkan pengamal am atau pegawai perubatan Bumiputera bertaraf tetap atau kontrak untuk mendaftar dalam program Latihan Lanjutan dalam perubatan keluarga AFPM dengan pembiayaan separa oleh Yayasan Peneraju.


Setelah tamat program, para peserta berpeluang untuk menjadi doktor keluarga atau pakar perubatan keluarga berdaftar melalui Daftar Pakar Kebangsaan (NSR).


“Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan AFPM selaras dengan usaha kami membantu menambah baik akses penjagaan kesihatan di negara ini. Dengan pertumbuhan populasi yang
pesat dan kadar peningkatan kadar penyakit, kami percaya terdapat keperluan untuk meningkatkan kualiti penyampaian penjagaan kesihatan,” kata Ts. Dr. Mohd Muzzammil Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju.


“Oleh sebab itu, kami berharap jalinan kerjasama ini dapat menyokong inisiatif kami untuk menambah bilangan pakar perubatan keluarga, seterusnya mengukuhkan Pelan Strategik Kementerian Kesihatan (2016 – 2020),” tambah beliau.


Ts. Dr. Mohd Muzzammil Ismail berkata bantuan kewangan yang disediakan oleh Yayasan Peneraju merangkumi bantuan kewangan permulaan sekali beri serta yuran pengajian dan peperiksaan/profesional (secara pembayaran balik) setelah lulus setiap peperiksaan.

Penajaan itu adalah sebahagian daripada program pembiayaan Peneraju Spesialis bertujuan untuk meningkatkan akses pembiayaan kepada Bumiputera untuk menjadi pakar penjagaan kesihatan yang kompeten. Tahun ini, kami menyasarkan 150 peserta untuk semua program di bawah teras baharu ini, katanya.


“Kami melihat program ini sebagai inisiatif penting yang amat diperlukan untuk menangani isu kekurangan pakar perubatan keluarga di negara ini dan pada masa yang sama meningkatkan tahap penjagaan dalam amalan perubatan keluarga. Kami mengucapkan terima kasih kepada Yayasan Peneraju atas sokongan dalam menjayakan kerjasama ini,” kata Dato’ Dr Lee Cheng Yew, Presiden AFPM.


“Kami berharap dapat meneroka lebih banyak bidang melalui kerjasama ini untuk membantu mempromosikan amalan klinikal berkualiti tinggi di Malaysia,” tambahnya.

Sebagai sebuah agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Yayasan Peneraju diberi mandat untuk meningkatkan kualiti, kuantiti dan kerelevanan bakat Bumiputera dalam sektor berpendapatan tinggi menerusi program-program pembiayaan akademik, pensijilan TVET, profesional, teknologi dan spesialis.


Sejak penubuhannya 10 tahun lalu, Yayasan Peneraju telah merealisasi aspirasi lebih 46,000 bakat dari seluruh Malaysia melalui lebih 370 program pembiayaan dalam pelbagai bidang dan membekalkan tenaga kerja berkualiti kepada industri yang mempunyai permintaan tinggi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: