Politik

PKR buat laporan polis terhadap Najib

Kuala Lumpur – Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil menggesa kerajaan memberi penjelasan berhubung pengambil alihan aset negara berkaitan tuntutan waris Kesultanan Sulu ketika Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, beliau bersama beberapa cabang PKR Lembah Pantai telah membuat laporan polis berkenaan perkara tersebut.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai berkata, sebanyak empat laporan polis telah dibuat di Balai Polis Pantai, Kuala Lumpur pada jam 11 pagi tadi.

“Membuat laporan polis beramai-ramai serentak di seluruh negara. Berkaitan dengan kecuaian bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam penyelesaian isu waris Sulu, yang hari ini kesannya nampak dalam tindakan pengambil alihan aset Petronas.

“Di Parlimen semalam berlaku adegan agak panas apabila Ahli-ahli Parlimen meminta Speaker membenarkan membahas satu usul berkaitan isu yang sama.. tapi ditolak.

“Kita perlukan satu jawapan yang tuntas, yang tegas bukan sahaja di Parlimen tetapi bagi pihak kerajaan,” katanya ketika ditemui selepas selesai membuat laporan polis di luar perkarangan Balai Polis Pantai, hari ini.

Fahmi turut mendesak agar siasatan terhadap Najib dimulakan segera dan kerajaan memberi perhatian berhubung aset-aset kerajaan yang telah diambil alih sebelum ini.

“Sebagai seorang Ahli Parlimen saya mohon Polis Diraja Malaysia (PDRM) memulakan siasatan segera kerana dilihat tindakan pengambil alihan aset-aset negara yang berlaku, dan kita tidak mahu ada lagi aset-aset negara diambil sedemikian rupa,” ujarnya.

Semalam, Timbalan Presiden, PKR Rafizi Ramli menggesa semua pimpinan dan cabang parti di seluruh negara untuk membuat laporan polis terhadap Ahli Parlimen Pekan itu.

Laporan itu berhubung kecuaian Najib ketika menjadi Perdana Menteri sehingga membawa kepada tuntutan waris Kesultanan Sulu.

Sebelum ini, Rafizi mendedahkan bahawa masalah diwarisi oleh tiga Kerajaan Persekutuan berturut-turut mengenai tuntutan waris Kesultanan Sulu sebenarnya bermula daripada zaman pentadbiran Najib sebagai Perdana Menteri.

“Apabila negara mula mengetahui mengenai tuntutan waris Kesultanan Sulu yang melibatkan aset PETRONAS bernilai sekitar RM9 bilion baru-baru ini, Najib cepat-cepat cuba mengalihkan fokus rakyat dengan menuding jari kepada pentadbiran-pentadbiran selepas beliau.

“Sedangkan kertas timbang tara secara jelas menunjukkan fakta notis tuntutan itu telah disampaikan kepada pentadbiran beliau bertarikh 2 November 2017.

“Tuntutan itu juga bermula selepas pentadbiran beliau menghentikan bayaran kepada waris Kesultanan Sulu sejak 2013 lagi,” katanya. 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: