Gaya Hidup

Hari yang Selamat dengan Samsung Galaxy A53 5G Baharu!

Anda berada di kedai kopi dan ingin menyambung ke Wi-Fi. Tetapi, anda juga ingin berhati-hati
dan ingin memastikan ia selamat untuk digunakan. Disinilah mod Secure Wi-Fi pada Galaxy
A53 5G anda memainkan peranan yang penting. Apabila dihidupkan, ia menyulitkan trafik
Internet Wi-Fi anda dan membantu menghalang peranti anda daripada dijejaki. Anda juga boleh
menjejaki penggunaan Secure Wi-Fi pada bila-bila masa dengan memeriksa aktiviti Protection
anda.

Kongsi Apa Yang Anda Suka, Secara Peribadi

Ingin menghantar sesuatu secara peribadi kepada rakan anda tetapi tidak mahu mengambil
risiko orang lain melihatnya? Di sinilah pentingnya fungsi Private Share. Ia menyulitkan gambar,
video atau fail dan memberikan anda pilihan untuk memilih siapa yang dapat melihatnya serta
berapa lama seseorang itu boleh akses gambar anda, jadi anda tidak perlu bimbang tentang ia
jatuh ke tangan yang salah.

Samsung Galaxy, Ruang Selamat Anda

Katakan anda mengambil gambar kad kredit atau ID anda dan ingin menyimpannya dengan
selamat di telefon anda. Mudah sahaja! Anda boleh memastikannya selamat dengan Secure
Folder Galaxy A53 5G. Ia sangat selamat disebabkan Samsung Knox, dan anda juga boleh
menyediakan jenis kata kunci anda sendiri termasuk pin, corak, kata laluan dan cap jari. Bagus
dan mudah!

Diluar Pandangan, Bukan Di Kawalan

Kemudian, anda pulang ke rumah. Tetapi anda tidak dapat mencari telefon anda di mana-
mana! Tidak mengapa, anda boleh menemuinya dengan mudah dengan pergi ke laman web
Find My Mobile di PC anda. Ia membantu anda mencari lokasi telefon anda, walaupun di luar
talian. Ah, nampaknya anda telah meninggalkan telefon di kedai. Jangan risau, anda boleh
menguncinya, jadi tiada siapa yang dapat mengaksesnya sehingga ditemui oleh anda. 3
Sekiranya anda ingin membeli Galaxy A53 5G – inilah masanya! Sehingga 31 Ogos 2022,
nikmati rebat sebanyak RM150 untuk setiap pembelian. Selain itu, anda juga dapat menikmati
penjimatan hebat seperti di bawah:

Untuk maklumat lebih lanjut mengenai Galaxy A53 5G, sila layari
https://www.samsung.com/my/smartphones/galaxy-a/galaxy-a53-5g-awesome-blue-256gb-sm-
a536elbhxme/

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: