IMG_0286

KUALA LUMPUR – Jenama penjagaan kulit dari Korea Selatan, Dr.Ceuracle, secara rasmi memasuki pasaran Malaysia menerusi pelancaran eksklusif bertemakan ‘The Future of Skincare’ dengan kerjasama Guardian Malaysia.

Kerjasama strategik itu membuka ruang kepada pengguna tempatan untuk meneroka rangkaian penjagaan kulit yang menggabungkan kepakaran dermatologi, ramuan semula jadi berasaskan botani serta inovasi teknologi kecantikan Korea.

Pelancaran yang berlangsung di B’york KL itu menghimpunkan wakil Dr.Ceuracle Korea, BIJU Group dan Fusion Cosmetics, selain lebih 80 pengamal media, editor kecantikan serta pencipta kandungan.

Ketua Pegawai Eksekutif Fusion Cosmetics, David Leow berkata, pengenalan Dr.Ceuracle ke Malaysia mencerminkan komitmen pihaknya untuk membawa produk penjagaan kulit berkualiti yang mampu memenuhi keperluan pengguna tempatan.

Menurutnya, Dr.Ceuracle menggabungkan pengalaman penyelidikan dermatologi selama berdekad-dekad dengan kelebihan bahan semula jadi dan inovasi penjagaan kulit moden.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Dr.Ceuracle Korea, Sangmyung Kim menyifatkan kemasukan jenama itu ke Malaysia sebagai langkah penting dalam memperluaskan perkongsian inovasi sains dermatologi dan ramuan botani kepada pengguna di rantau ini.

Ketua Pegawai Eksekutif BIJU Group, Joanna Lee pula berkata, kerjasama strategik bersama Fusion Cosmetics dan Dr.Ceuracle Korea menjadi asas penting dalam memperkukuh kedudukan jenama berkenaan di pasaran tempatan.

Berteraskan falsafah ‘Curing Skin, Caring Beauty’, Dr.Ceuracle membawa pendekatan penjagaan kulit menerusi dua segmen utama iaitu Natural Derma yang mengetengahkan ramuan berasaskan tumbuhan serta K-Aesthetics Derma yang memfokuskan penyelesaian penjagaan kulit berasaskan penyelidikan dermatologi.

Antara produk utama yang diperkenalkan termasuk Vegan Kombucha Tea Essence dan Jeju Matcha Tea Essence, selain rangkaian ampul dengan kombinasi bahan aktif seperti Niacin & Rice, BHA & Matcha, PDRN & Retinol Shot serta Glutathione & NMN.

Jenama itu turut memperkenalkan rangkaian 5α Control yang dirumus khusus untuk kulit berminyak dan kombinasi, dengan fokus membantu mengawal lebihan sebum serta penampilan pori-pori.

Menariknya, pelancaran berkenaan turut menampilkan empat zon interaktif yang memberi peluang kepada pengunjung mengenali lebih dekat teknologi formulasi dan rangkaian produk Dr.Ceuracle.

Pengunjung juga berpeluang menyertai demonstrasi penjagaan kulit, menjalani analisis kulit secara percuma serta meneroka pelbagai aktiviti menarik sepanjang acara berlangsung.

Menerusi kerjasama eksklusif bersama Guardian Malaysia, rangkaian produk Dr.Ceuracle kini boleh didapati di lebih 150 cawangan Guardian di seluruh negara serta menerusi platform dalam talian peruncit berkenaan.

Kehadiran jenama itu dijangka memperluaskan pilihan pengguna tempatan terhadap produk kecantikan Korea yang mengutamakan gabungan sains, inovasi dan ramuan semula jadi.

Leave a Reply