Terkini

KOPETRO rasmi cawangan pertama ArRahnukita

KUALA LUMPUR – Koperasi Kakitangan PETRONAS Berhad (KOPETRO) merancang membuka tiga lagi cawangan ArRahnukita di Selangor, setiap satu di Ampang, Bangi dan Shah Alam pada tahun depan.

ArRahnukita merupakan premis perniagaan pajak gadai emas patuh syariah milik KOPETRO, kata KOPETRO dalam kenyataannya sempena pembukaan rasmi cawangan pertamanya hari ini di Medan Niaga Tasik Damai, Sungai Besi, di sini.

Pembukaan ArRahnukita yang beroperasi sejak 8 Ogos lalu, telah disempurnakan oleh Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Zazali Haron.

Ketua Pegawai Eksekutif KOPETRO, Encik Ahmad Shakir Ahmad Ubaidah menganggap pembukaan ArRahnukita sebagai hadiah bermakna sempena ulang tahun penubuhan KOPETRO ke-42 yang disambut pada tarikh yang sama.

“Alhamdulillah, hari ini amat istimewa buat warga KOPETRO kerana setelah 42 tahun KOPETRO ditubuhkan, hari ini kami berjaya mengorak selangkah lagi ke hadapan dengan terasminya perniagaan ArRahnukita,” tambah beliau.

Ahmad Shakir lagi, kejayaan perniagaan ArRahnukita ini adalah bukti komitmen KOPETRO dalam memberikan pulangan yang menguntungkan kepada anggota-anggota dengan melipat-gandakan pendapatan syarikat seterusnya menyumbangkan kepada ekonomi negara.

Sempena perasmian ArRahnukita, KOPETRO juga menganjurkan sebuah karnival dengan menawarkan pelbagai aktiviti dan jualan promosi produk-produk keluaran KOPETRO seperti makanan sedia dimakan jenama LengQuas, minyak pelincir jenama PETRONAS dan pakej percutian dan pelancongan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: