Bisnes

Dental Valet fokus capai sasaran disenarai dalam Bursa Malaysia

Shah Alam – Rendahnya kesedaran dalam menjaga kesihatan pergigian dan mulut menjadi salah satu punca penyakit gigi dan mulut dalam masyakat Malaysia. Kajian menunjukkan lapan daripada 10 rakyat Malaysia tidak mengetahui bahawa mereka mempunyai penyakit pergigian.

Peratusan yang rendah ini adalah kebanyakannya disebabkan oleh persepsi 68 peratus rakyat negara ini bahawa mereka tidak mempunyai masalah dalam mulut. Kebanyakan ibu bapa masih memandang rendah kesihatan gigi dan mulut dan berfikir gigi susu anak mereka yang bermasalah tidak memerlukan rawatan kerana tidak lama lagi akan digantikan dengan gigi kekal.

Oleh yang demikian, DV Group Berhad melancarkan cawangan kedua klinik Pakar Pergigian Kanak-Kanak Dental Valet selepas kejayaan cawangan pertama di Bandar Baru Bangi yang beroperasi sejak tahun 2016.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DV Group Berhad, Dr. Nazatul Sabariah Ahmad

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) DV Group Berhad, Dr. Nazatul Sabariah Ahmad, 41, menjelaskan niche utama klinik ini adalah untuk menjadi pusat sehenti atau one stop centre bagi klinik rawatan gigi dari kanak-kanak sehingga dewasa.

“Di Malaysia, kita kurang klinik gigi paediatrik terutama bagi merawat kanak-kanak istimewa yang memerlukan kepakaran dan teknik yang betul.

“Alhamdulillah, selepas operasi cawangan pertama di Bangi, kami luaskan pembukaan di Shah Alam bagi memudahkan orang ramai untuk membawa anak-anak mendapatkan pemeriksaan dan rawatan gigi dari para doktor yang berpengalaman” jelasnya.

Tambahnya lagi, Dental Valet mempunyai dua bahagian dimana tingkat atas bagi ruang kanak-kanak dan tingkat bawah pula untuk golongan dewasa.

“Bukan mudah untuk mendidik anak-anak suka berjumpa doktor gigi, jadi di DV kami hiasi ruang rawatan dengan warna-warna ceria dan terdapat ruang permainan bagi mereka merasa selesa dan seronok, kami juga tidak menggunakan terma yang menakutkan seperti contoh perkataan cucuk ditukar kepada sleeping juice yang lebih santai selain memberi hadiah dan ais krim percuma bagi mereda kesakitan” ujarnya.

Dari segi perspektif harga, DV menawarkan caj rawatan yang fleksibel dan mampu untuk semua golongan serendah RM30 sahaja. Klinik ini juga mempunyai 12 doktor pakarpergigian dan terlatih.

“Melihat kepada sambutan menggalakkan sehingga suku ke-2 tahun hadapan, satu lagi cawangan klinik akan dibuka di Damansara.

“Malah kami merancang untuk melengkapkan fasiliti di Dental Valet Shah Alam dengan menambah kerusi pergigian dari enam buah kepada sembilan termasuk fasiliti x-ray dan bilik pesakit berkeperluan khas” tambahnya lagi.

DV Group Berhad menyasarkan untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dalam masa lima tahun dengan nilaian RM300 juta. Pengumpulan dana yang pertama telah dijalankan pada April 2022 yang lepas.

Selain itu,  beliau turut menyasarkan pembukaan 70 buah lagi cawangan di seluruh Malaysia dalam tempoh 10 tahun.

“Kami juga sedang membangunkan akademi Dental Valet dan mula mengambil pelajar mulai bulan Januari 2023.

“Akademi ini bertujuan memberi latihan kepada doktor gigi am yang mempunyai minat di dalam bidang pergigian kanak-kanak dan juga memberi latihan kepada pembantu pembedahan pergigian. Selain itu asas mengendalikan perniagaan klinik pergigian juga akan menjadi salah satu silibus di akademi” ujarnya.

Klinik Dental Valet cawangan Shah Alam dirasmikan oleh ADUN Kota Anggerik, Yang Berhormat Najwan Halimi. Turut hadir para selebriti, pempengaruh dan para pelabur.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: