Bangi – Asri Ahmad Academy bersama Murtadha Dakwah Centre (Madad) berkerjasama dalam melahirkan belia celik ekonomi sebagai membuka peluang meluaskan ilmu pelaburan patuh syariah.
Dengan modul pembelajaran khusus yang dipelopori Asri Ahmad Academy (AAA) bermula tahun 2021 ini telah mendapat pengiktirafan pihak UTMSpace dan terbukti releven untuk dipraktikkan dalam pasaran dan situasi sebenar.

Pengarah Urusan Madad, Ustaz Yaakub Yusra menjelaskan beliau mempercayai ilmu pelaburan berteraskan patuh syariah oleh AAA kerana telah menyertainya sebelum ini dan berjaya membuktikan kejayaannya itu selepas mampu menjana lebih RM3 juta pada tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu.
“Alhamdulillah, melalui data kita telah keluarkan lebih kurang RM3.36 juta dalam tempoh dua tahun dengan kerjasama projek kebajikan seperti Hang Cangkul, Hang Cuci, rumah kucing dan juga membantu maahad tahfiz lain yang mengalami kekangan kewangan waktu PKP lalu”.
“Dalam masa sama, dengan projek bersama AAA juga, keuntungan dan hasil pelaburan saham itu disalurkan kepada pembelian tanah bernilai RM1 juta untuk tapak masjid, we are walk the talk, its not just a paper and theory, untuk pengetahuan juga RM3.63 juta itu juga telah selesai diaudit” tambahnya.

Yaakub juga turut menambah, setiap usaha kebajikan itu dilakukan secara percuma tanpa mengenakan apa-apa bayaran sekalipun.
“Disebabkan itu, kami fikir untuk melakukan usaha ini dengan lebih sistematik dan lahir idea menjana pendapatan melalui pelaburan tanpa mengharapkan bantuan dana semata-mata” katanya.
Satu Memorandum Persefahaman bersama Maahad Integrasi Madad (MIM) dan AAA telah dimeterai untuk berkongsi ilmu pelaburan saham kepada pelajar-pelajar tahfiz yang telah menamatkan pengajian mereka. Objektif program ini adalah untuk melatih para pelajar tahfiz supaya mampu menguruskan kewangan disamping menjana pendapatan melalui pelaburan saham.
“Kami berhasrat melahirkan pelajar tahfiz celik ekonomi, bijak mengurus kewangan dan dalam masa sama menaikkan keyakinan bahawa mereka ini bukan sahaja celik Al-Quran namun bijak akademik dan mampu menjana pendapatan sendiri” jelasnya lagi.

AAA akan bertanggungjawab dan memberikan komitmen dalam menyampaikan ilmu pelaburan kepada para pelajar tahfiz ini.
Pengasas AAA, Datuk Mohd Asri Ahmad menjelaskan, untuk seseorang itu mahir dalam ilmu pelaburan memerlukan sekurang-kurangnya 2 hingga 6 bulan sebelum berada dalam dunia pelaburan sebenar.
“Di AAA, kami menekankan program yang konsisten kerana untuk memahami sesuatu ilmu ekonomi itu perlu mengambil masa, kami bukan sahaja menekankan cara untuk menjana kewangan tetapi yang paling penting adalah bagaimana cara untuk mengurus kewangan tersebut” ujarnya.
Beliau juga turut menggesa orang ramai yang berminat dengan pelaburan agar memilih platform yang patuh syariah dan diluluskan.

Terdahulu, beliau ditemui dalam satu majlis penyampaian sijil pelaburan syariah oleh UTMSPACE. Penyampaian sijil itu disempurnakan oleh Pengarah Pembelajaran Sepanjang Hayat UTMSPACE, Sr Ts Dr Zakaria Mohd Yusof .