Divers Supply Chain Sdn Bhd jalin kerjasama dengan Mybha, MATA & Arffuntuk menginovasi industri pelancongan dan peruncitan Malaysia dengan solusi robotik canggih

Published by

on

PETALING JAYA – Pembekalan inovasi kepada industri hospitaliti, pelancongan, dan peruncitan Malaysia akan membolehkan rakyat Malaysia merasai pengalaman yang luar biasa semasa melancong dan membeli-belah. Kerjasama Diverse Supply Chain Sdn. Bhd. (DSC) bersama para pemain industri tempatan seperti Persatuan Hotel Bajet & Bisnes Malaysia (MyBHA), Persatuan Agensi Pelancongan Malaysia (MATA) dan Persatuan Rantaian Peruncitan & Francais ASEAN (ARFF), mengintegrasikan teknologi serba baru termasuk perkhidmatan robot di hotel-hotel buat pertama kalinya di Malaysia. Pada masa yang sama, melengkapkan para penyedia perkhidmatan peruncitan dan pelancongan dengan teknologi robotik untuk meningkatkan produktiviti.

Sejak kebelakangan ini, penggunaan robot-robot perkhidmatan di kedai makan & minuman (F&B) di Malaysia semakin mendapat momentum oleh kerana kemajuan teknologi robotik di rantau ASEAN. Demi membangunkan Malaysia sebagai negara berteknologi tinggi dan inovatif, DSC akan mengedarkan BUTLERBOT W3 yang serba baru, termasuk robot-robot yang dikuasai AI, dicipta oleh Keenon. Robotics Co, peneraju industri yang memenuhi hampir 50% permintaan robotik di China, kepada para pemain industri hospitaliti, F&B, peruncitan dan kesihatan di Malaysia dan Singapura.

Pengarah Jualan Serantau (Asia Tenggara) KEENON Robotics, En. Enzo Wang berkata, “Kami berbesar hati kerana mampu membantu untuk menyokong industri hospitaliti, pelancongan dan peruncitan Malaysia demi meningkatkan produktiviti dan memberi perkhidmatan yang konsisten melalui solusi robotik kami. Tahun pertama kami bersama DSC membuahkan hasil dan kami berterima kasih di atas kepercayaan mereka terhadap kami serta mengukuhkan perkongsian dan kerjasama dengan negara jiran, Singapura. Kami nantikan peluang membentuk masa hadapan bersama.”

Pengenalan BUTLERBOT W3 dari KEENON mensasarkan untuk menghidupkan kembali industri pelancongan di Malaysia dengan memberi pengalaman yang luar biasa kepada para tetamu sambil menitikberatkan aspek keselamatan. Ciri-ciri khusus BUTLERBOT W3 mirip seperti penggunaan lif automatik dan penghantaran ke bilik yang memfokuskan privasi dan kontak sifar menjadikannya solusi yang ideal kepada hotel-hotel dan perniagaan pelancongan. Teknologi canggih ini menunjukkan komitmen syarikat demi memenuhi perkhidmatan hospitaliti yang cekap dan dinaiktaraf kepada para tetamu. Dengan sistem navigasi dan posisi automatik, robot-robot perkhidmatan ini mampu mengadaptasi pelbagai situasi dan senario dunia sebenar.

Penggunaan robot-robot perkhidmatan dalam industri hospitaliti, pelancongan dan peruncitan turut mendidik para pekerja mengenai peningkatan kecekapan dan mengukuhkan pengetahuan mereka dalam fungsi-fungsi logistik dan operasi robot. Ini bukan sahaja meningkatkan pengetahuan individu dan memberi peluang kepada para pekerja untuk lebih fokus kepada tugasan kognitif. Ia juga turut meningkatkan nilai pengendali F&B, hotel dan peruncit.

YBhg. Dato’ Dr. Ammar Abd. Ghapar berkata, “Ianya membanggakan saya apabila melihat syarikat-syarikat Malaysia berevolusi dan berusaha untuk memaparkan Malaysia sebagai sebuah negara inovatif untuk menarik lebih ramai pengunjung ke negara kita dengan kemudahan yang cukup dan sedia ada. Kerjasama antara DSC, MyBHA, MATA dan ARFF menjadi contoh apa yang negara kita mampu capai dengan menggabungkan pelancongan, hospitaliti dan peruncitan bersama solusi robotik inovatif. Saya yakin  hasil kerjasama ini akan membantu Malaysia melangkah lebih jauh dan mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pilihan pelancong yang mengutamakan pengalaman pelancongan.”

Pengarah Urusan Diverse Supply Chain Sdn. Bhd., En. Kayden Ong berkata, “Keputusan kami untuk bekerjasama dengan pelbagai pemain industri adalah untuk memaparkan kemajuan inovasi Malaysia, bermula dengan industri hospitaliti, pelancongan dan peruncitan. Kami mahu para pelancong datang ke Malaysia dan merasai pengalaman yang tidak berbanding di serata dunia. Menandatangani MoU ini merupakan peristiwa yang signifikan dan memacu kami untuk membawa Malaysia ke tahap yang lebih tinggi. Dengan  Malaysia sedang menuju ke arah negara maju, kami ingin membantu memperkasakan syarikat-syarikat, terutamanya syarikat kecil dan sederhana, untuk meningkatkan nilai rantaian melalui sistem automatik dan robotik. Sistem automatik di tempat kerja kini amat penting kerana tenaga manusia sukar didapati berbanding sebelum peristiwa Covid-19.”

Pengumuman kerjasama ini dijalankan bersempena pelancaran bilik pameran robot-robot KEENON yang pertama di Asia Tenggara, bertempat di Damansara Perdana, Petaling Jaya. Untuk maklumat lanjut, sila layari https://keenonmalaysia.com/.

Leave a comment

Blog at WordPress.com.