Inisiatif yang memberi manfaat kepada kira-kira 1,700 pelajar di 14 buah sekolah menengah di seluruh negara menerusi bengkel literasi kewangan yang interaktif dan menarik
KUALA LUMPUR, 19 Okt 2026 – FWD Malaysia (FWD) telah bekerjasama dengan JA Malaysia, sebuah perusahaan sosial, untuk menganjurkan JA SparktheDream, sebuah program literasi kewangan peringkat kebangsaan yang direka untuk membantu pelajar sekolah menengah membina pengetahuan dan keyakinan dalam membuat keputusan kewangan yang lebih bijak demi masa depan mereka.
Inisiatif ini melibatkan 14 siri bengkel yang dijalankan di 14 buah sekolah menengah di Semenanjung Malaysia, dengan penyertaan kira-kira 1,700 pelajar. Sehingga 31 Ogos 2026, kesemua 14 bengkel telah berjaya dilaksanakan seperti yang dirancang, memberi manfaat kepada seramai 1,693 pelajar dengan sokongan sukarelawan daripada kalangan kakitangan FWD.
Di Malaysia, inisiatif ini mencerminkan komitmen jangka panjang FWD dalam membantu memperkukuhkan pengetahuan kewangan dan kemahiran hidup dalam kalangan generasi muda, sekali gus membina asas yang lebih kukuh ke arah kesejahteraan kewangan mereka pada masa hadapan.
Bengkel separuh hari ini dijalankan menerusi pendekatan yang interaktif dan menyeronokkan, menggabungkan aktiviti praktikal, sesi perbincangan serta modul literasi kewangan yang dibangunkan oleh JA Malaysia. Para pelajar turut mengambil bahagian dalam papan permainan pendidikan yang memperkenalkan konsep kewangan penting dengan cara yang mudah difahami dan dekat dengan kehidupan seharian, sekali gus menggalakkan pembentukan tabiat kewangan yang positif sejak usia muda.
Aman Chowla, Ketua Pegawai Eksekutif FWD Malaysia, berkata, “Di FWD, kami percaya bahawa literasi kewangan merupakan kemahiran hidup yang penting. Ia membantu individu membuat keputusan yang lebih bijak serta membina daya tahan kewangan yang lebih kukuh.
Melalui kerjasama kami dengan JA Malaysia, kami membuka peluang kepada generasi muda untuk memperoleh pengetahuan praktikal dan keyakinan yang diperlukan dalam mengurus situasi kewangan harian. Dengan melabur dalam pendidikan kewangan hari ini, kami berharap dapat membantu melahirkan generasi yang lebih bersedia untuk merealisasikan aspirasi mereka dan membina masa depan yang lebih terjamin.”
Selain pembelajaran di dalam bilik darjah, program ini turut diperkukuh melalui penglibatan sukarelawan FWD yang membantu menjayakan aktiviti bengkel dan berinteraksi secara langsung dengan para pelajar. Penglibatan mereka mencerminkan komitmen FWD untuk memberi impak positif dan berkekalan kepada komuniti yang disantuni.
Sejak melaksanakan inisiatif literasi kewangan di Malaysia, FWD telah memberi manfaat kepada lebih 8,000 pelajar di seluruh negara dan menjangkakan jumlah tersebut akan melebihi 10,000 pelajar menjelang akhir tahun 2027. Syarikat ini kekal komited untuk memperluaskan peluang mendapatkan pendidikan kewangan serta menyokong usaha meningkatkan tahap literasi kewangan dalam kalangan komuniti yang mempunyai akses terhad di seluruh negara.
Program FWD dan JA SparktheDream merupakan sebahagian daripada usaha penjagaan komuniti FWD yang lebih luas dalam membantu individu dan komuniti meraikan kehidupdan serta membina masa depan yang lebih cerah.
