Gaya Hidup Terkini

Anuar Faizal tampil konsep ‘Tango Ala Melayu’ untuk rekaan baju raya 2023

Kuala Lumpur – Hari Raya Aidilfitri merupakan acara tahunan yang bukan sahaja memberikan kegembiraan kepada umat Islam malah  ia turut memberikan ruang dan peluang buat pereka fesyen dari dalam dan luar negara untuk menghasilkan rekaan menarik untuk digayakan pada pagi perayaan itu.

Busana seperti baju Melayu dan baju kurung merupakan busana klasik yang cukup sinonim dengan sambutan perayaan Aidilfitri.

Pereka fesyen terkenal, Anuar Faizal tahun ini tampil dengan rekaan busana yang boleh disuai padankan dengan pakaian lain untuk gaya yang lebih santai.

Pereka fesyen, Anuar Faizal

Pernah dilanda kontroversi beberapa ketika dahulu kerana berani tampil dengan rekaan Baju Melayu bersifat eksentrik yang lari dari ciri rekaan Baju Melayu asli kini bangkit dengan beberapa ilham baru lebih segar bersempena Lebaran 2023.

Istimewa untuk lelaki dan wanita berjiwa moden dan meminati fesyen unik, koleksi lebaran 2023 AF by Anuar Faizal mengetengahkan konsep ringkas bersahaja namun masih lagi mampu memberikan aura keterujaan buat si pemakai serta sesiapa yang melihatnya.

Menginspirasikan karya seni tango, Anuar berkata, ia kali pertama dia mencabar diri menghasilkan rekaan yang menggunakan rona warna dan konsep di luar zon selesa dan lebih kontemporari serta menarik.

Tidak hanya itu, mencipta kelainan, pemilihan peragawan dan peragawati juga terdiri daripada ‘orang biasa’ yang kebanyakannya tidak pernah berjalan di atas pentas peragaan adalah satu kelainan yang dicipta beliau.

“Saya mengambil pendekatan menggunakan barisan model dari kalangan orang biasa pelbagai saiz untuk pelanggan melihat sendiri bagaimana sesuatu rekaan itu digayakan dan boleh memilih dengan tepat yang mana bersesuaian dengan diri mereka sendiri” ujarnya.

Tambahnya lagi, setiap pereka fesyen harus berani keluar dengan karya rekaan yang lebih berani dan lari dari skeptikal pemikiran agar fesyen yang dibawa mampu meneroka pasaran lebih luas.

“Rekaan baju melayu dan baju kurung dengan konsep tango ditambah fesyen kemelayuan ini bukan sahaja sesuai digayakan ketika Aidilfitri sahaja malah sesuai juga untuk pakaian kasual hari biasa, harga yang ditawarkan bermula RM399 dimana setiap orang mampu untuk bergaya dengan rekaan yang lain dari biasa” tambahnya lagi.

Beliau ditemui di program Bazar Siberturahim edisi kedua yang dibawakan khas oeh CIMB Bank Bhd dan CIMB Islamic Bank Bhd yang berlangsung di Galeri Jualan, Sime Darby KLGCC Kuala Lumpur.

Bazar yang bertemakan pemerkasaan ekonomi itu menampilkan barisan jenama popuar di Malaysia antaranya Anuar Faizal, Radzuan Radziwil, 3thelabel, Bahari Asyek, CARRO, Larney, LILIT, Omar Ali, Jambu Pink, NR Exclusive dan Sri Candy.

Program Bazar Siberturahim ini diadakan di Sime Darby KLGCC dari 2 hingga 5 Mac ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: