Gaya Hidup Terkini

Samsung lancar Galaxy Space, ‘port’ menarik untuk fotografi

Kuala Lumpur – Samsung Malaysia Electronics telah memperkenalkan Samsung Galaxy Space yang bertempat di APW Bangsar. Ia dibuka mulai 3 Mac 2023 (7 malam) hingga 12 Mac 2023 (10 malam) dan pintunya sentiasa terbuka kepada orang ramai mengikut tarikh yang ditetapkan.

Galaxy Space menawarkan pengalaman yang mengasyikkan dan menggembirakan membolehkan pengunjung merasai kehebatan Nightography dengan siri Galaxy S23 terkini. Tangkap dan kongsi epik dengan #ShareTheEpic dan #Send2MeLah apabila melawat empat zon pengalaman seperti The Alley, The Ballie, The Escape dan Splash Art.

Terokai kesemua empat zon pengalaman dan kumpulkan empat setem untuk menebus secawan kopi setelah menjelajahnya. Samsung Malaysia juga telah bekerjasama dengan pasaran Pingmin iaitu pasaran budaya dan kreatif trend terkini menyokong vendor tempatan daripada F&B hingga kraftangan.

Untuk menjadikan perkara lebih menarik, peminat juga akan berpeluang bertemu Hakken, cosplayer terkenal Malaysia dari Sarawak semasa sesi bertemu peminat pada 4 Mac 2023 jam 2 petang. Pelawat boleh mendaftar minat mereka dalam Galaxy Space melalui pautan di sini atau mengimbas kod QR di Galaxy Space untuk menebus kredit Touch ‘n Go eWallet RM20.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: