Terkini

Anwar janji segerakan projek tebatan banjir RM600 juta

Johor Bharu -Kerajaan akan menyegerakan projek tebatan banjir bernilai RM600 juta bagi mengatasi masalah bencana yang melanda di beberapa negeri, ketika ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan perkara itu selepas membuat tinjauan banjir di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Kebangsaan Gemereh di Segamat, hari ini.

Anwar berkata, projek tersebut tetap perlu melalui proses tender seperti biasa dan ia harus dilaksanakan pada Jun nanti.

“Isu ini kalau tidak dilakukan apa-apa yang serius ia akan berulang. Banjir ini bukan kali pertama, bertahun-tahun, oleh itu kita putuskan projek yang mahal RM600 juta atau lebih untuk tebatan banjir akan disegerakan.

“Baru-baru ini, saya tangguhkan sebentar kerana saya tidak mahu projek untuk bantu rakyat ini ada ketirisan, ada kecurian.

“Projek termasuk di Johor harus beroperasi mulai Jun ini, jadi kita tak boleh lengahkan,” katanya.

Terdahulu, Anwar tiba kira-kira jam 11.20 pagi di PPS berkenaan, meluangkan masa kira-kira 20 minit bertemu mangsa banjir di PPS itu yang menempatkan 125 penduduk daripada 32 keluarga.

Selain beramah mesra dan bertanya khabar, beliau turut meninjau ruangan aktiviti psikologi pendidikan untuk anak-anak mangsa banjir yang dikendalikan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Situasi banjir di seluruh negara semakin buruk dengan jumlah mangsa terus meningkat kepada 46,361 orang.

Lima negeri terjejas dengan Johor paling paling buruk membabitkan 42,387 mangsa daripada 12,264 keluarga di pindahkan ke 266 PPS.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: