Hiburan

Wamo NSG pertaruh Bueh, Urban Aubade dan Rif

Kuala Lumpur – Seperti artis baharu lain, Urban Aubade juga mengharapkan permulaan perjalanan mereka lancar, sekali gus membantu melonjakkan nama kumpulan yang masih hijau itu untuk bertapak selesa.

Namun, apa yang mereka harapkan itu tidak menjadi kenyataan. Disebabkan pelbagai kekangan, perjalanan awal Urban Aubade sedikit terganggu menyebabkan karya mereka tidak dapat diketengahkan dengan berkesan.

“Memandangkan kami masih baru dalam industri muzik, banyak aspek seperti pemasaran, promosi dan pengurusan yang kami tidak mahir. Ia memberikan kami sedikit cabaran untuk mengetengahkan karya yang dihasilkan.

“Namun begitu, kami bersyukur kerana syarikat Wamo NSG Enterprise banyak membantu menyelesaikan masalah yang kami harungi.

“Mereka menjadi solusi kepada hal berkaitan balik tabir industri seperti pemasaran lagu, pembentukan imej dan lain-lain,” kata Muhammad Reza Akasyah Reza Adnan atau nama pentasnya, inDeed.

Wamo Nsg kali ini mempertaruhkan Kumpulan Hip Hop Urban Aubade dengan lagu terbaru mereka Realiti Nyata, Kumpulan Pelawak Bueh dan penyanyi solo Rif dengan single pertama masing bertajuk Tepuk Amai-Amai dan Memori. Pemilihan mereka pada kali ini adalah untuk menunjukkan Wamo Nsg mempunyai pelbagai pilihan penyanyi yang baik dan genre yang berlainan untuk halwa telinga peminat hiburan masa kini.

Realiti Nyata merupakan single kelima dari Urban Aubade berkonsepkan ketuhanan adalah kesinambungan single terdahulu Satu-satunya, Realiti Nyata adalah ciptaan dan lirik sepenuhnya Urban Aubade sendiri mengisahkan tentang realiti kehidupan seseorang yang tidak mampu lagi mengejar impian demi kelangsungan hidup. Penceritaan lagu ini adalah tentang mereka sendiri dan cara mereka menangani perasaan reality kehidupan tidak semanis impian

Pertaruhan Kumpulan Pelawak adalah sesuatu yang baru buat Wamo Nsg ternyata pemilihan Bueh berbaloi apabila kehadiran Bueh mula mendapat perhatian dan mendapat komen-komen positif apabila single pertama mereka dilancarkan baru-baru ini. Tampil dengan lagu Tepuk amai-amai hasil ciptaan Ejai aziz dan lirik oleh ketiga-tiga ahli Bueh sendiri iaitu Samsul Bueh | Hazreen Bueh Hasrul Bueh yang berkisarkan kehadiran mereka untuk memberi kegembiraan pada pendengar.

Selepas Faysal Saad, Wamo Nsg kini menampilkan bakat solo terbaru yang mempertaruhkan single pertama bertajuk Memori berharap Rif atau nama penuhnya Muhammad Rifqi dapat menempatkan dirinya dalam himpunan bakat-bakat baru tanah air. Memori adalah hasil ciptaan dan lirik sepenuhnya oleh Acap Tarabas menyatakan bagaiman perasaan seseorang ditinggalkan kekasih dan semua kenangan bersamanya adalah kenangan yang menjadi kesan kepedihan dihati.

Dengan kehadiran tiga artis dibawah naungan Wamo Nsg ini, Saudara Wafi yang merupakan Pengarah Urusan Wamo NSG Enterprise berharap kehadiran mereka dapat memberi impak dalam muzik tempatan sambil memeriahkan industri hiburan dengan naskah baru serta nafas aru. Menurutnya sebagai Syarikat Rakaman baru, Wamo NSG akan sentiasa membawakan bakat-bakat baru untuk diketengahkan bersama lagu-lagu baru dan terkini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: