Bangi – Selepas kejayaan produk Krim pencerah Whitening Emulsion, syarikat Elegant Cosmetics hari ini melancarkan produk baharu, serum Eados khusus melengkapi set rawatan penjagaan kulit wajah dan badan.
Serum khas ini bersesuaian bagi cuaca di Malaysia khususnya dan Asia amnya yang sentiasa panas serta lembab mempengaruhi tona kulit yang tidak sekata. Ianya mampu mengembalikan keremajaan pada kulit dan memperbaiki struktur serta merawat masalah terutama jeragat dan pori terbuka.

Pengasasnya, Dato’ Al Amin berkata, produk serum baharu ini adalah merupakan atas permintaan ramai yang ingin terus bersama Elegant selepas menggunakan produk krim sebelum ini.
“Kami telah berjaya dengan produk krim pencerah dan juga skrub wajah, ramai pengguna bertanya bila Elegant akan mengeluarkan produk baharu, ini kerana mereka yakin dengan kualiti setiap item kami.
“Kami sentiasa mengambil berat setiap pandangan, idea dan keperluan setiap pengguna untuk memastikan produk yang kami keluarkan sesuai dan selamat digunakan”, katanya.

Beliau menambah, produk serum yang dikeluarkan adalah melalui beberapa ujian klinikal untuk memastikan tiada sebarang campuran bahan terlarang dan bebas logam berat.

“Serum ini dihasilkan dengan teknologi oil infused water yang mampu memberi kepuasan kepada pengguna dan sesuai untuk semua jenis kulit, ianya berasaskan air yang mampu memudarkat parut, melembapkan kulit, memberi efek tona lebih sekata, melembutkan dan mencerahkan wajah, mengecilkan pori-pori dan pelbagai lagi”, ujarnya dalam majlis Malam Gala di Hotel Tenera, Bangi malam ini.


Dalam majlis sama, Elegant Cosmetics turut mengumumkan selebriti dan pelakon, Hannah Delisha sebagai duta produk.
“Saya bersetuju menjadi duta serum Eados ini selepas mencuba sendiri dan melihat keberkesanannya tanpa perlu menunggu lama.
“Eados merupakan satu produk serum yang meliputi semua fungsi. Dengan menggunakannya anda tak perlu lagi risau dengan masalah kulit wajah, kerana dengan satu serum ia mampu menjadikan kulit wajah anda lebih cantik,” katanya.

Hannah Delisha juga memberitahu, beliau agak cerewet dalam pemilihan apa sahaja produk penjagaan kulit. Beliau memilih serum ini selepas melihat bahan-bahan yang digunakan dan beberapa testimoni yang memberi reviu positif.
Produk ini dijamin selamat untuk digunakan kerana telah didaftarkan dibawah Sistem Notifikasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Dijual pada harga RM 79.90 dan boleh didapati dari rakan niaga yang sah sahaja.