Terkini

Program Ikon Nasional Yayasan Prihatin bawa tokoh ternama bina jati diri pelajar

Kuala Lumpur – Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) komited membawa pelajar kearah pendidikan yang lebih tinggi bagi meningkatkan sahsiah, jati diri dan ilmu di kalangan mereka.

Melalui kerjasama dengan Majlis Agama Islam Kuala Lumpur (MAIWP) dan Bank Rakyat, satu program Townhall Ikon Nasional peringkat Wilayah Persekutuan telah diadakan bagi mendedahkan para pelajar dengan contoh figura berjaya yang dibawa.

Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Dato Mohd Aizuddin Mohd Ghazali, program pertama ini memfokuskan para pelajar dan bakal pelajar dari golongan B40 da asnaf.

“Kami bekerjasama dengan MAIWP dalam memastikan golongan sasaran dari kalangan B40 dan asnaf untuk berada dalam program ini sekaligus menerima bantuan.

“Untuk program pertama ini, kami jalankan di Wilayah Persekutuan dan seterusnya akan diluaskan di seluruh Malaysia sama seperti program-program kami yang lain sebelum ini” jelasnya.

Tambah beliau lagi, program townhall ini melibatkan tokoh-tokoh ternama dan figura yang berjaya dalam pelbagai bidang. Bagi sesi townhall pertama, tokoh Tan Sri Dr. Mohd Daud Bakar, yang merupakan pakar kewangan islam sebagai satu usaha memberi dorongan dan semangat kepada para pelajar.

Majlis dirasmikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai’im Mokhtar.

Pada majlis townhall Ikon Nasional itu, Mohd Na’im turut menyerahkan bantuan awal pendidikan kepada 850 penuntut institusi pengajian tinggi (IPT) membabitkan bantuan tunai, komputer riba dan beg keperluan asas berjumlah RM8 juta.

Program anjuran Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dengan kerjasama Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Bank Rakyat itu adalah program perkongsian ilmu daripada tokoh ternama yang berjaya dalam dalam bidang masing-masing .

Turut hadir Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar (Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Prihatin), Encik Mohd Nizam Yahya (Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif MAIWP), Datuk Mohd Irwan Mohd Mubarak (Pemangku Pengerusi Bank Kerjasama Rakyat Malaysia) dan Datuk Abdul Malik Abdullah (Penasihat Ekonomi & Antarabangsa PRIHATIN). 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: