Terkini

NAZA TTDI rai 45 anak yatim Pusat Jagaan Nurul Hasanah

Kuala Lumpur – Mengambil keberkatan bulan Ramadan, Naza TTDI, pemaju hartanah terkemuka di Malaysia, berbesar hati meraikan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Nurul Hasanah di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.


Seramai 45 kanak-kanak berumur antara 4 hingga 12 tahun dibawa untuk jamuan berbuka puasa bersama pengurusan dan kakitangan Naza TTDI. Selain dijamu pelbagai hidangan bufet buka puasa, mereka juga menerima duit raya bernilai RM500.00 setiap seorang. Di majlis tersebut, Pusat Jagaan Nurul Hasanah turut menerima sumbangan bernilai RM6,500 daripada Timbalan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Naza, En. SM Faliq SM Nasimuddin, Ketika berucap pada majlis tersebut, Dato’ Jasmy Ismail, Pengerusi Naza TTDI berkata, “Bulan Ramadan mengajar kita untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur, serta lebih prihatin dan bertimbang rasa.

Puasa membolehkan kita merasai apa yang dilalui oleh golongan yang kurang berkemampuan. Sepanjang bulan Ramadhan yang penuh barakah ini, warga ‘Nazarian’ wajar sentiasa mengingati nilai toleransi dan saling tolong-menolong.”

Jasmy turut menambah, program seperti ini adalah selaras matlamat tanggungjawab sosial korporat atau CSR Naza TTDI dan program ini boleh mengeratkan lagi hubungan antara warga ‘Nazarian’ dan masyarakat. Naza TTDI merupakan syarikat pembangunan hartanah Kumpulan Naza yang komited untuk berbakti kepada masyarakat dan membantu mereka yang memerlukan. Adalah menjadi misi Syarikat untuk memberi kembali atau “give back” dan mewujudkan impak positif kepada masyarakat. Inisiatif CSR seperti ini adalah salah satu cara syarikat meningkatkan reputasi dan memupuk hubungan jangka panjang dengan pihak berkepentingan.

“Kami berbesar hati meraikan anak-anak yatim dari Pusat Jagaan Nurul Hasanah dan berkongsi majlis istimewa ini dengan mereka. Kami berharap sumbangan kami akan membawa perubahan dalam kehidupan kanak-kanak ini dan menggembirakan hati mereka semasa sambutan Hari Raya yang akan datang,” dia menambah.

Dalam perkembangan lain, Naza TTDI juga turut menyumbang RM3,000 kepada Pusat Jagaan Darul Sakinah, yang terletak di Petaling Jaya berupa barangan keperluan bernilai RM2,000 dan wang tunai RM1,000.

Naza TTDI komited sepenuhnya untuk terus memastikan inisiatif tanggungjawab sosial korporat ini menjadi asas amalan perniagaannya. Syarikat itu berdedikasi untuk mempromosikan keterangkuman dalam projek pembangunannya, yang membolehkannya mengutamakan inisiatif CSR yang memberi manfaat kepada masyarakat setempat dan alam sekitar. Dengan meletakkan tanggungjawab sosial dalam amalan perniagaannya, Naza TTDI akan terus memberi impak yang bermakna dan positif kepada masyarakat yang disantuni, pada masa yang sama memacu pertumbuhan jangka panjang dan keuntungan bagi syarikat.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: